Aqidah

Beriman Dengan Hari Kiamat 2


Entri kali ini pula ialah kesinambungan daripada entri yang lepas iaitu Beriman Dengan Hari Kiamat 1.Anda boleh lihat di link ini.
Bilakah Berlakunya Kiamat??


Soalan bilakah kiamat ini sering diperkatakan oleh semua manusia di dunia ini,sehingga ada yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun ini iaitu berdasarkan penemuan arkeologi kalendar Kaum Maya yang mengatakan kiamat berlaku pada 21.12.2012..Adakah ini benar??Sebenarnya kita tidak patut meramalkan bila datangnya kiamat ini.Hal ini kerana,kiamat ialah rahsia Allah s.w.t.Hal ini ada dijelaskan oleh Allah s.w.t:

Surah al-A’raf ayat 187

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Kunci keghaiban itu lima perkara yang tidak mengetahuinya selain Allah :Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui tibanya hari kiamat dan masa turunnya hujan,dan Dia mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim,dan tidak seorang pun mengetahui di bumi mana yang akan meninggal dunia.”

Suasana hari Kiamat
Suasana hari kiamat dapat difahami daripada ayat al Quran,di antaranya:

surah al haqqah ayat 13-16

surah at takwir ayat 1-3

surah al-infithar ayat 1-3

surah al-insyiqaq ayat 1-4

Pada keseluruhan ayat tersebut menggambarkan keadaan yang amat dahsyat yang berlaku pada hari kiamat.Secara ringkasnya dapat dirumuskan :

  • langit pecah dan terbelah
  • Bintang-bintang jatuh dan bertaburan
  • Matahari digulung(padam cahayanya)
  • Bulan terbelah dan bersatu dengan Matahari
  • Bumi gempa dan menjadi rata.
  • Laut melimpah ruah dan menjadi banjir besar
  • Gunung-ganang berterbangan(meletup dan berlaku gempa besar)

Jelasnya ,sistem perjalanan alam nyata tidak berfungsi lagi sehingga segala unsur yang membentuk alam yang lengkap ini tidak teratur keadaannya,matahari dan bulan tidak beredar pada orbitnya.Malam dan siang menjadi tidak menentu.laut tidak lagi mengikut hukum pasang surutnya dan lain-lain bencana.Ketika itu,tiada siapa yang dapat menyelamatkan dirinya daripada malapetaka itu kecuali orang yang diberi perlindungan oleh Allah taala.

Alamat hari Kiamat

Alamat aatau tanda-tanda hari kiamat terbahagi kepada dua bentuk iaitu alamat kecil dan alamat besar atau alamat permulaan dan alamat akhir.

Alamat Permulaan

  1. orang yang berkaki ayam (miskin) telah menjadi kaya raya dan berlumba-lumba membangunkan pembangunan kebendaan
  2. bertambah pendek usia
  3. urusan dipegang oleh orang yang bukan ahlinya
  4. negeri kecil telah disatukan menjadi negeri besar
  5. tidak dapat membezakan mata pencarian yang halal atau haram
  6. bilangan perempuan melebihi lelaki
  7. timbul fitnah yang bertindih-tindih bagai ombak laut
  8. banyak berlaku pergaduhan dah huru hara
  9. timbul perang besar antara dua bangsa yang paling besar
  10. berlaku peperangan umat Islam dengan Yahudi dan kemenagan di pihak Islam
  11. hamba melahirkan tuannya
  12. banyak berlaku bencana alam
ada juga riwayat yang memberikan tanda-tanda awal seperti yang berikut:
  1. banyak berlaku perzinaan
  2. kejahatan mengalahkan kebenaran
  3. pasar-pasar menjadi tempat perkumpulan para pembohong
  4. banyak berlaku fitnah.
Alamat Akhir


Apabila kiamat sudah hampir sekali ,maka tanda-tanda kiamat yang lain seperti yang diriwayatkan oleh Khuzaifah bin Usaid al-Ghifari,katanya:

“Nabi telah mendatangi kami ,pada ketika itu kami sedang merenung sesuatu,kemudian nabi menegur:Apakah yang sedang engkau fikirkan ?Kami menjawab:Kami sedang memikirkan hari kiamat.Sabda Nabi:Hal itu tidak berlaku kecuali kamtanyu semua melihat sepuluh tanda.Kemudian nabi menyebut tanda-tanda itu satu persatu:

  • lahir Dajjal 
  • muncul haiwan dari dalam bumi(دبة في الارض)
  • matahari terbit dari barat
  • turun Nabi Isa a.s
  • keluar Yakjuj dan Makjuj
  • terjadi tiga gerhana bulan serentak
  • keluar api di negeri Yaman
  • tiada lagi orang yang menyebut nama ALLAH
  • keluar asap dari bumi
  • terhapus al-Quran dari Mushaf.”

Diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab r.a,beliau berkata:Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari,tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki yang sangat putih pakainnya,sangat hitam rambutnya,tidak kelihatan padanya kesan perjalanan yang jauh dan tidak dikenali oleh sesiapapun dari kalangan kami.Dia datang hingga duduk menghadap Nabi s.a.w lalu  menyandarkan dua lututnya ke dua lutut Baginda dan meletakkan dua tangannya di atas dua pahanya.

Dia berkata:Wahai Muhammad,beritahu kepadaku tentang Islam.Rasulullah s.a.w pun bersabda:Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah ,kamu mendirikan solat ,menuanikan zakat ,berpuasa di bulan Ramadhan dan melakukan haji di Baitullah jika kamu mampu melakukannya.Lelaki itu pun berkata:Benar.”Umar berkata lagi”Kami merasa hairan ,kerana dia bertanya dan membenarkan Baginda.

Lelaki itu berkata lagi:Beritahu saya tentang iman.Baginda bersabda:Kamu beriman kepada Allah,para malaikatNya,kitab-kitabNya,para rasulNya,Hari Terakhir(hari kiamat) dan kamu percaya pada qadar (ketetapan Allah),baik dan buruknya.Dia berkata :Benar.

Dia berkata lagi:Beritahu kepada saya tentang ihsan.Baginda bersabda:Kamu menyembah Allah ,seolah-olah kamu melihatNya.Sekiranya kamu tidak melihatNya,maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

Dia berkata lagi:Beritahu kepada saya tentang masa Kiamat.Baginda bersabda:Orang yang ditanya tentangnya bukanlah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Dia berkata lagi:Beritahu saya tentang tanda-tandanya.Baginda bersabda: Hamba perempuan akan melahirkan tuannya.Kamu akan melihat orang-orang yang berkaki ayam,tidak berpakaian,fakir dan pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan binaan.

Kemudian dia pun pergi.Saya pun berdiam diri dalam satu tempoh yang panjang.Kemudian Baginda bersabda kepada saya:Wahai ‘Umar ,adakah kamu tahu siapakah orang yang bertanya itu?Saya menjawab:Allah dan RasulNya lebih mengetahui.Baginda bersabda:Sesungguhnya dia ialah JIbril .Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

                                                                                                                  Riwayat Muslim                        
                       

                                 



Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top