Sepanjang beberapa hari di Bangkok, sudah beberapa kali kami masuk ke kedai serbaneka 7-Eleven bagi mendapatkan barang keperluan dan makanan.
Terdapat banyak cawangan kedai 7-Eleven di sini, memang mudah ditemui di mana-mana. Contohnya di Lorong Phetchaburi 7 (lokasi hotel Noursabah) terdapat dua buah kedai 7-Eleven. Sebuah kedai terletak di bahagian depan lorong dan sebuah lagi terletak di bahagian hujung lorong.
Kedai 7-Eleven menjadi antara tempat yang saya suka masuk sebab seronok membelek barang jualan mereka š. Segalanya ada di sini, insyaAllah kita tak akan ada masalah jika kekurangan barang keperluan dan tak akan kelaparan sebab terdapat pilihan makanan halal yang boleh kita beli.
Apa ada di 7-Eleven Thailand? Antaranyaā¦
Minuman berasaskan kanabis (nama lain : ganja, marijuana). Yang ini boleh tengok sajalah ya, kita tak boleh minum atau beli bawa balik ke Malaysia. Selain minuman, saya perasan juga ada produk kecantikan berasaskan ganja di jual (bukan dalam 7-Eleven tapi nampak di dalam sebuah pusat membeli-belah). Jadinya kita perlu berhati-hati sebelum membeli apa-apa, kalau dikesan bawa balik ke negara kita memang susahlah hidup kita.
āµ Pada 9 Jun 2022, Thailand menjadi negara pertama di Asia yang mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik susulan langkah FDA mengeluarkan marijuana dan ‘hemp’ daripada senarai narkotik Kategori 5.
āµ Membawa masuk produk berasaskan ganja ke Malaysia boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, begitu juga sekiranya positif ujian saringan air kencing.
Pelbagai jenis buah-buahan turut dijual di sini. Buah kelapa pun ada! Pilihan bebola dan sosej sedia dimakan pun ada, yang ni saya tak belek peknya jadi tak pasti status halal produk.
Nak makan telur rebus pun ada.
Pilihan bedak dalam saiz kecil. |
Selain makanan, saya suka jugak tengok pilihan produk kecantikan dan penjagaan diri. Banyak dijual dalam pek kecil, mudahlah nak membeli kalau setakat nak mencuba serasi atau tidak dengan kulit kita. Kebetulan juga saya nak cari bedak muka dalam saiz kecil untuk diletak dalam beg telekung, ternampaklah pilihan bedak jenama PONDāS ni. Keliru nak pilih mana satu, akhirnya saya ambil PONDāS Watermelon Fresh & Bright Translucent Facial Powder 50 g. Bedaknya warna pink dengan aroma harum yang lembut. Saya suka!
Apa pula makanan yang biasa kami beli? Eh, beberapa kali membeli tu kira biasalah kan š. Kami beli air mineral, buah pisang dan kekacang (ada tanda halal pada pek) sebagai kudapan dan juga bekalan sewaktu berjalan-jalan. Senang nak makan bila-bila dan di mana-mana jua supaya tak kelaparan sementara belum jumpa kedai makan halal.
.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.