Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari rumah mentua di Batu Pahat, Johor saya dan Encik Suami berkesempatan singgah makan di Pak Lurah Bistro.
Saya pernah buat entri berkenaan tempat ini pada tahun 2021 DI SINI. Selain terdapat perubahan harga makanan, terdapat juga perubahan menu dan waktu operasi. Waktu operasi terkini saya catatkan di hujung entri ini.
Hidangan pilihan kami kali ini :
Nasi goreng kambing panggang | RM25
Rasa hidangan nasi goreng kambing panggang masih sedap seperti kunjungan sebelum ini. Cuma kambing panggang yang kami dapat kali ini banyak bahagian yang liat. Jadi rasa kurang berbaloi dengan harganya.
Set roti kacang pool | RM8
Biasanya hidangan kacang pool akan letak telur mata tu atas kacang pool, tapi yang ni telur mata diletak atas roti. Saya lebih suka begini sebab mudah saya nak makan roti bersama kacang pool.
Rotinya lembut dan tak kering, makan pula dengan kacang pool yang diperbuat daripada ramuan rempah ratus dan daging cincang, memang sangat sedap!
Set lempeng kacang pool | RM9
Sama je dengan hidangan di atas, cuma roti diganti dengan lempeng. Yang ini pun sedap, nipis dan lembut lempengnya.
Kopi chandu dengan susu segar
Minuman kami – kopi chandu dengan susu segar. Encik Suami pilih kopi chandu panas dan saya pula lebih gemar kopi chandu ais. Harga kopi chandu ais RM6, kopi chandu panas saya kurang pasti harganya sama ada RM4 atau RM5.
Kopi chandu yang dihasilkan dengan campuran kulit kayu manis memberikan rasa kopi yang unik. Penggunaan susu segar pula menambahkan rasa lemak pada kopi chandu. Rasa kopi ini tak manis, memang menepati cita rasa saya. Pendek kata, memang sedap! Bagi penggemar kopi, harus cuba kopi chandu jika datang ke Pak Lurah Bistro.
Alhamdulillah perut sudah kenyang, kami teruskan perjalanan menuju ke utara tanah air. Rancangan asal nak menjenguk dan bermalam di rumah NS terpaksa dibatalkan sebab terdapat perubahan jadual kerja Encik Suami. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, kami keluar di Ipoh dan bermalam selama dua malam di K Garden Hotel. Encik Suami ada urusan kerja di Tanjung Rambutan pula.
———————————————————————-
PAK LURAH BISTRO NASI KAMBING BATU PAHAT
Jalan Besar Parit Sulong,
Batu 7, Felcra Seri Wangi,
Batu Pahat, Johor.
011-3376 3722
Waktu operasi :
Setiap hari | 9 pagi – 3.30 petang
Tutup | Selasa
.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.