Jika tahun lepas, saya dan Encik Suami merasai pengalaman baru dengan menyambut Hari Raya Aidiladha di negara jiran iaitu di Bangkok, Thailand. Tahun ini pula kami meraikan Aidiladha buat kali pertama di negeri Perlis.
SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
Uniknya di negeri ini, solat Aidiladha digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang. Ia bersesuaian dengan sunnah Rasulullah SAW iaitu mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang.
Hari Jumaat lepas, Encik Suami balik dari masjid (untuk solat Jumaat) membawa pesanan dari pengurusan masjid berkenaan solat Aidiladha iaitu solat bermula pukul 7.45 pagi di dataran masjid dan perlu bawa sejadah sendiri. Sekiranya solat tak dapat dilakukan di dataran, maka solat dalam masjid akan bermula pada pukul 8 pagi.
Isnin, 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445 |
Kami tiba di Masjid al-Husna, Batu Bertangkup pada pukul 7.45 pagi. Inilah masjid yang paling hampir dengan kediaman kami, iaitu kurang 6 km dari rumah.
Memandangkan sejak malam tadi hujan lebat di kawasan kami dan cuaca mendung pada pagi tersebut, maka solat raya dilakukan dalam masjid. Nampaknya tak dapatlah saya merasa pengalaman solat raya di dataran masjid.
Solat Hari Raya Aidiladha bermula kira-kira pukul 8 pagi dan diikuti dengan khutbah raya yang bertajuk ‘Tiada Agama Tanpa Pengorbanan’. 30 minit kemudian semuanya selesai dan jemaah bersalam-salaman sebelum beredar meninggalkan masjid.
Sedikit perbezaan yang saya perasan, di sini tiada alunan selawat ketika kita bersalaman seperti pengalaman biasa saya sewaktu solat raya di Johor. Hasil carian saya menemukan penjelasan berkenaan hal ini, kalau nak tahu bolehlah KLIK DI SINI.
Syukur ke hadrat Allah, terdapat dua kegembiraan buat saya pada hari ini – iaitu berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dan rezeki bertambahnya usia saya. Lagi beberapa tahun masuk ke angka ‘5’ pula. Moga saya mampu menjalani hidup dalam redha Allah 💙
HIDANG RAYA YANG RINGKAS
Kami raya berdua saja, sama seperti pengalaman raya ketika pandemik dulu. Jadinya saya masak yang ringkas sajalah. Ketupat segera, daging kambing masak sate dan sambal kacang menjadi hidangan pagi raya kami.
Saya masak lebih sedikit, buat dua set hidangan seperti dalam foto di atas untuk diberi kepada jiran terdekat. Ketupat segera tu terpaksa saya beri dalam bentuk potongan sebab ketupat segera yang dimasak rupa kurang elok, gara-gara saya terlebih masukkan dalam pressure cooker. Daging kambing masak sate tu pulak jadi berminyak banyak walaupun proses memasaknya saya cuma guna sedikit saja minyak, mungkin itu minyak yang terhasil daripada lemak kambing. Dah elak cedok minyak tapi termasuk jugak, biar sajalah 😄
IKEA BATU KAWAN, PULAU PINANG
Memandangkan kami tak ada rancangan tertentu, kami ambil keputusan untuk ‘jalan-jalan raya’ ke IKEA. Ada satu barang yang kami nak return sebab tak jadi guna dan ada beberapa barang perlu dibeli. Kami bergerak menuju ke Pulau Pinang kira-kira pukul 11 pagi dalam suasana mendung dan hujan turun di beberapa tempat.
Di Plaza Tol Jitra, tak banyak kenderaan. Mungkin masing-masing sedang menyambut raya bersama keluarga di kampung.
Di IKEA, ramai juga yang sama seperti kami – ‘jalan-jalan raya’ di sini 😁. Masing-masing berbaju raya sekeluarga. Kami pula dah bertukar pakaian biasa saja.
Sedang berlangsung sale di IKEA dan ada tambahan diskaun 10% untuk ahli.
Saya beli empat jenis pokok, semuanya dengan harga diskaun. Paling murah RM4.05 dan paling mahal RM8. Pokok pandan pun saya beli jugak, mudah nak memasak bila ada pokok di rumah.
Ini sajalah kisah hari raya saya pada tahun ini. Walaupun ringkas tetap saya catat di blog sebagai kenangan hidup.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.