Adakalanya petua orang lama ni menjadi jugak kan? So, tak salah kalau kita cuba untuk atasi masalah kita terutama ibu atau isteri di dapur. Macam cikla, kalau masak kat dapur pun memang nak cepat siap dan kalau ada apa-apa ‘kejadian’ yang melambatkan proses memasak tu dah tentu bikin hati geram je.
So, cikla nak share lah 11 petua yang cikla yakin ada yang korang dah tau dan tak tau lagi.
KENTANG CEPAT EMPUK
Bila memasukkan kentang lebih awal dalam masakan ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat. Untuk mengelakkan ini berlaku rebus kentang di dalam periuk lain dan apabila sudah empuk toskan kentang dan masukkan dalam kuah tadi.
ELAK IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.
HILANGKAN HANYIR SUP AYAM
Untuk mengelakkan sup ayam berbau hanyir pastikan bahan tumisan digoreng sehingga wangi dan ayam dimasukkan ketika kuah mendidih. Cara ini akan membuatkan sup lebih sedap dan tidak berbau hanyir
MENYEDAPKAN IKAN YANG SUDAH BEKU
Ikan yang sudah beku memang rasanya sudah tidak segar dan apabila dimasak ianya tidak sedap. Untuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut. Apabila ikan sudah lembut masak seperti biasa. Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasa nya lebih segar.
MASAK LEMAK CILI PADI LEBIH SEDAP
Masuk kan air kelapa ke dalam kelapa parut. Biar seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.
HILANGKAN BAU HANYIR DAGING
Selepas daging dipotong dan dibersihkan, rendam daging dengan secawan tepung gandung dan sesudu kecil garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.
HALAU LALAT KETIKA MEMASAK
Kebiasaannya lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng. Untuk mengelakkan lalat datang ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan berhampiran ke dapur anda. Anda juga boleh meletakkan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.
BERAS LEBIH TAHAN LAMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan masuk kan ke dalam tempat simpnana beras. Boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.
SUP TULANG LEBIH SEDAP
Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan tulang. Kemudian masukkan bahan rempah sup. Masak seperti biasa. Sup tulang akan lebih sedap.
CUCUR LEBIH LEMBUT
Untuk melembutkan cucur, masukkan 1/2 cawan air panas ke dalam tepung. Kemudian masukkan air biasa dan kacau sebati. Cucur lebih lembut dengan menggunakan kaedah ini.
HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis-nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika. Kemudian masak seperti biasa.
Moga bermanfaat untuk semua.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.