Pada hari Isnin hingga Rabu lalu, saya ikut Encik Suami ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas urusan kerja. Penginapan disediakan oleh penganjur di Wesley Hotel.
Awalnya saya rasa malas nak ikut, sebab memikirkan akan terperap 3 hari 2 malam di bilik hotel yang biasanya tak begitu luas dan belum tentu selesa. Memanglah rumah yang saya diami sekarang bukanlah begitu selesa sebab rumah lama banyak cacat cela, tapi bila dah menetap di sini lama-lama jadi serasi dan selesa jugaklah.
Alhamdulillah, rupa-rupanya dapat penginapan jenis suite 😊
Buka pintu je terus nampak ruang tamu, meja makan dan ruang dapur kecil (kitchenette).
Bilik tidur di ruang berasingan.
Ruang dapur kecil – ada sinki, peti sejuk mini dan kemudahan buat minuman panas.
Ruang bilik tidur dengan katil king dan meja serbaguna. Katil dan bantalnya empuk selesa tidur. Kekurangan bilik ini, tak ada cermin besar jadi bila nak bersiap pakai tudung kenalah masuk bilik air. Juga tak cukup ruang gantung pakaian/tuala, yang ada di luar pintu bilik air tu jelah tempat nak menggantungnya.
Bilik airnya selesa – bersih dan semua berfungsi baik. Pintu bilik air agak kurang selesa digunakan sebab jenis frosted glass. Bukanlah nampak jelas ya, tapi nampaklah bayang-bayang. Gaya moden tapi tak sesuai untuk bilik air.
Pemandangan luar hotel pada waktu senja. Hotel ni dekat dengan jalan besar, siang malam bising dengan bunyi kenderaan lalu-lalang. Mujur juga bilik tidur asing dan ada pintu bilik, taklah terganggu waktu tidur dengan bunyi kenderaan.
Kami sarapan pagi di Bosses Cafe yang terletak di aras bawah hotel. Sarapan tak disediakan secara buffet. Terdapat enam set hidangan pilihan, antaranya – local breakfast, American breakfast dan continental breakfast. Menurut saya dan Encik Suami, makanan di sini tahap biasa-biasa saja. Boleh makan tapi kurang menepati cita rasa kami.
Secara keseluruhannya, saya rasa puas hati sepanjang menginap di Wesley Hotel. Penginapan kami di bilik 4007 sangat selesa – semuanya dalam keadaan bersih dan berfungsi baik. Dalam bilik ni juga terdapat smart TV saiz 40 inci, bolehlah menonton/buka YouTube di skrin besar.
Kekurangan menginap di sini – masalah ruang parkir terhad dan sukar mendapatkan makanan halal berhampiran. Pihak hotel tak menyediakan ruang parkir, jadinya kita kena cari parkir di luar bangunan dan perlu bayar caj parkir. Bab makanan halal pula, petugas kaunter hotel (seorang perempuan Melayu bertudung) maklumkan makanan halal boleh didapati di Bosses Cafe dan restoran nasi kandar yang terletak di bangunan lain. Pilihan lain, bolehlah buat pesanan online menerusi aplikasi penghantaran makanan.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.