Apabila kita melihat sesuatu, biasanya kita akan membuat persepsi atau tanggapan tertentu daripada apa yang kita lihat. Namun, persepsi atau tanggapan tersebut tidak semestinya benar atau tepat. Adakalanya, ia meleset kerana hakikat sebenarnya mungkin berbeza dengan persepsi kita tersebut. Hal sebegini berlaku hatta pada apa yang kita lihat dalam mimpi. Mimpi itu tidak selalunya benar, ada yang benar dan ada yang hanya merupakan mainan tidur. Dalam mimpi, sebagaimana juga dengan apa yang dilihat ketika jaga, hakikat sebenar tidak semestinya sebagaimana persepsi yang kita lihat. Kata guru, dengan mimpi seseorang berkemungkinan mendapat ilham dan hidayah, namun seseorang juga boleh tersasar dan tersesat dek kerana mimpi. Makanya, mimpi – mimpi yang benar sekalipun mempunyai ta’bir dan tafsirnya, dan tidak semua orang yang mempunyai ilmu mengenainya. Makanya, ketika kita bermimpi, janganlah terlalu “eitok” atau sibuk atau berpegang dengan mimpi – mimpi. Apa pun yang kita mimpikan, serahkan sahaja kepada Allah dan mohonlah kebaikan daripadaNya. Janganlah disibukkan diri dengan mimpi – mimpi tersebut, nanti akhirnya kita akan dibuai mimpi, berfantasi sehingga hilang pijakan realiti.
Berhubung dengan cerita mimpi, faqir ingin kongsikan bagaimana sesuatu yang dilihat dalam mimpi mempunyai pengertian yang berbeza dengan tanggapan orang yang bermimpi. Kisah ini faqir nukil dari kitab Tuhfatul Asyraf, juz 1, yang merupakan himpunan kalam dan ajaran Mufti Seiwun, Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan as-Saqqaf rahimahullah, yang dihimpun oleh Habib Ahmad bin `Alawi bin Saqqaf al-Jufri rahimahullah. Pada halaman 139 dikisahkan sebagai berikut:- ….Diceritakan bahawa pernah di suatu masa, ketika Habib Abdullah Ba`Alawi (yakni Imam al-Haddad rahimahullah) selesai menunaikan Shalat Subuh, beliau bertanya kepada jemaah yang hadir: “Sesiapa di antara kamu yang telah bermimpi, ceritakanlah apa yang telah dilihatnya sebagaimana mimpi tersebut?” Di antara jemaah tersebut, ada yang telah bermimpi melihat Imam al-Haddad berada dalam neraka, namun dia segan untuk berkata kepadanya: “Aku telah melihat engkau dalam neraka.” Imam al-Haddad mengulangi permintaannya beberapa kali sehingga dengan kasyaf, beliau berkata: “Ceritakanlah mimpi itu walaupun dalam mimpi itu engkau melihat seseorang berada dalam neraka.” Ketika itu, orang yang bermimpi tersebut berkata: “Sesungguhnya semalam aku telah mimpi melihat engkau dalam neraka.” Maka Imam Haddad berkata kepadanya: “Benarlah apa yang telah engkau mimpikan, aku telah melihat sebahagian sahabatku masuk neraka, lalu aku pun memasuki neraka untuk membawa mereka keluar darinya.”
Allahu …. Allah, si pemimpi memang benar – benar bermimpi melihat Imam al-Haddad dalam neraka, cuma dia tidak mengetahui bahawa Imam al-Haddad di situ bukan untuk menerima azab, tetapi untuk memberi syafaat kepada sahabatnya yang telah dihumban ke sana. Bayangkanlah, tanpa penjelasan daripada Imam al-Haddad, mungkin orang yang bermimpi itu akan membuat persepsi atau tanggapan daripada mimpinya itu bahawa Imam al-Haddad adalah ahli neraka. Begitulah kisah mimpi sebagaimana diceritakan. Oleh itu, jangan mudah – mudah membuat tanggapan atau persepsi negatif terhadap seseorang tanpa bukti atau alasan yang kukuh. Juga janganlah terlalu menyibukkan diri dengan mimpi – mimpi, berpautlah kepada realiti dan teruslah meniti titian kehidupan ini sehingga sampai ke negeri abadi dengan selamat, tanpa perlu singgah dahulu ke neraka. Singgahnya Imam al-Haddad sebagaimana dimimpikan tadi adalah untuk memberi syafaat, kalau kita ??????? Hanya pada Allah kita berserah. Sesekali, jika tidak selalu, elok juga kita baca doa yang diamalkan oleh Sayyidatina `Aisyah radhiyaAllahu `anha sebelum tidur agar direzekikan dengan mimpi – mimpi indah lagi bermanfaat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnus Sunni dalam `Amalul Yawm wal Lailah pada halaman 179 dengan sanad yang sahih dan turut dinukilkan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Adzkar pada halaman 164.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.