Selain itu, faqir juga mendapati bahawa shalawat yang hampir sama juga dimuatkan oleh Ustaz Syaikh H. A. Fuad Said rahimahullah dalam buku beliau, Adab Manasik Haji & Umrah pada halaman 165 sebagai amalan yang dibaca ketika wuquf. Faqir nukilkan di sini biar jadi ingatan dan tatapan, serta tambahan bagi khazanah shalawat kita kerana membaca shalawat tidaklah terikat dengan wuquf atau dengan Padang Arafat. Bershalawatlah sentiasa tanpa mengira masa dan tempat, asalkan layak, dan dengan apa jua shighahnya.. Bacalah shalawat ini sesekali atau banyak kali, mudah – mudahan dengan keberkatannya diberikan peluang dan kesempatan untuk kita berwuquf di Padang Arafat menunaikan rukun yang kelima. Mudah – mudahan bermanfaat hendaknya.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.