Perlis

Ronda-ronda Sekitar Perlis Pada 1 Muharram


Semalam, hari Ahad 7 Julai bersamaan 1 Muharram saya dan Encik Suami berkesempatan ronda-ronda di sekitar Perlis. Saya sebut ronda-ronda sebab kami ke beberapa tempat menarik di Perlis dalam tempoh sehari (tapi bukanlah seharian dari awal pagi hingga lewat petang ya).
Awal pagi, kami ke Taman Rekreasi Sungai Bukit Jernih di Chuping yang terletak kira-kira 13 km dari rumah. Kami sekadar jalan-jalan melihat suasana sekitar serta ambil info berkenaan aktiviti pendakian dan penerokaan gua Bukit Jernih. 
Dari taman rekreasi, kami menjamu selera di Wansyah Kitchen yang terletak tak jauh dari pusat bandar Kangar. Tempat makan yang terkenal dengan masak lemak cili api. Memang puas hati dapat makan di sini.
Perut dah kenyang, kami menuju ke Wang Kelian pula. Kenderaan dipandu mendaki bukit dalam keadaan hujan yang kadang-kala renyai, kadang-kala lebat. Tak ada tujuan khusus, sekadar ronda-ronda melihat suasana. Sejak berpindah ke Perlis, ini kali pertama kami ke Wang Kelian. Tiba di Pos Imigresen Wang Kelian, kami berpatah balik. Gitulah, asyik ke pintu sempadan je. Entah bila nak lepas ke Siam (Thailand) 😄
Dalam perjalanan balik, saya ajak Encik Suami singgah di pintu masuk Taman Negeri Perlis yang terletak tak jauh dari pos imigresen tadi. Dalam keadaan hujan lebat, saya cuma dapat ambil foto info bayaran masuk ke taman ini. Tak dapat nak keluar bertanya lanjut di kaunter berkenaan aktiviti yang ditawarkan.
Tiba di View Point Wang Kelian, hujan dah makin reda. Saya ajak Encik Suami naik ke puncak. Dah ada perubahan berbanding kunjungan terakhir saya ke sini beberapa tahun lalu – bayaran masuk dikenakan dan ada servis buggy. InsyaAllah catatan lanjut dalam entri khusus.
Selesai aktiviti ronda-ronda kami di sekitar Perlis, kami balik rumah dan berehat.
Selepas Asar kami keluar semula dengan memakai kasut kebun pula. Bukan nak berkebun pun, cuma nak pergi ambil tanah topsoil untuk menanam pokok di pasu. Tak begitu jauh dari rumah, tapi masih perlu naik kenderaan. Encik Suami gigih mencangkul mengisi pasu-pasu dengan tanah, saya pula cuma jadi mandur 😄
Begitulah catatan 1 Muharram saya di bumi Perlis yang mendamaikan. Terima kasih Allah 💙

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top