Dalam era digital ini, amatlah mudah untuk sesuatu maklumat disampaikan di alam maya, di mana ianya akan sampai kepada ratusan, ribuan bahkan jutaan manusia. Jika dahulu aliran – aliran sesat yang bertopengkan ilmu hakikat, ilmu makrifat, ilmu – ilmu rahsia yang pelik dan aneh, seperti rahsia insan, rahsia itu, rahsia ini dan sebagainya, yang isinya kesesatan batiniyyah, diajar secara sembunyi – sembunyi, bak kata orang tua – tua “dalam kelambu”, kini telah disebar merata melalui media – media sosial. Maka, sebagaimana kata – kata, kullu saqith laqith, maka ada sahaja mereka – mereka yang mengambil, percaya dan membenarkan akan ajaran – ajaran batiniyyah dhalalah yang digula-gulakan dengan ilmu rahasia, ilmu hakikat dan makrifat.
Ketahuilah, wahai saudara yang budiman, ilmu hakikat dan makrifat yang benar, tidak akan terhasil melainkan dengan menjadikan syariat sebagai panduan dan thariqat sebagai jalan. Thariqat dalam pengertian yang wajib, iaitu menjalankan atau melaksanakan atau mempraktikkan ajaran – ajaran Syariat – yang wajib dikerjakan, yang haram ditinggalkan dan seumpamanya. Oleh itu, berhati – hatilah mengikuti pengajian atau ajaran atau ceramah atau celoteh yang mengatasnamakan ilmu rahasia, ilmu hakikat atau ilmu makrifat, yang meremeh dan memperlekehkan ilmu syariat serta pengamalannya. Ingat akan firman Allah jalla wa `ala dalam surah al-Maidah ayat 48, yang antaranya, bererti: …Bagi tiap – tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti masing – masing)…… Maka jika bertemu dengan yang sedemikian ajarannya, hindarilah dan tetaplah berpegang dengan jalan syariat. Ilmu hakikat yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang dicakap -cakapkan di medsos atau ditulis dalam tulisan – tulisan yang merapu dan meraban seperti karya Ahmad Laksamana yang berjodol Hakikat Insan. Ini faqir tegaskan kerana buku Hakikat Insan yang penuh dengan kesesatan dan kebohongan ini masih lagi beredar dalam masyarakat dan ada yang masih berpegang, bahkan fanatik dengan isi kandungannya yang karut marut.
Panutan kita, imam yang agung bergelar Hujjatul Islam, Abu Hamid al-Ghazali asy-Syafie ath-Thusi rahimahullah dalam mukaddimah beliau bagi karangannya yang berjodol Misykaatul Anwaar menyatakan, antara lain, sebagai berikut: …Bukan semua rahsia (ketuhanan) boleh disingkap dan disebar. Dan bukanlah semua hakikat itu dapat dibentangkan atau dijelaskan kepada umum. Bahkan dikatakan bahawa dada – dada mereka yang telah merdeka dari penghambaan kepada selain Allah (al-ahrar) adalah kuburnya segala asrar (yakni segala rahsia ilmu hakikat tersebut tersimpan dan terpendam dalam hati – hati mereka dan bukannya dipertontonkan untuk tatapan khalayak umum). Dan telah berkata sebahagian awliya` yang `arifin: “Menyebar / Membuka sir rububiyyah (rahsia ketuhanan @ ilmu hakikat yang sifatnya dzauqiyyah) adalah kekufuran (yakni boleh menjeremuskan seseorang ke lembah kekufuran akibat salah dalam memahaminya)”. Bahkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Bahawasanya di antara ilmu itu ada yang tersimpan rapi (yakni bak permata yang terpendam)”, yang tidak difahami melainkan oleh ulama yang kenal Allah (al-`ulama-u billah)…..
Makanya, antara kalam para awliya dan sufi adalah: ” Sesiapa yang kenal akan Allah, maka kelulah lidahnya”. Ini tidak, mengaku kenal Allah, tapi bicaranya tak keruan, sehingga menyalah – nyalahkan hukum Allah dan sunnah kekasihNya, Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, dan merobek – robek kehormatan hamba – hambaNya, sehingga para ulama dan awliya` pun tak terkecuali dari pancaran mulut lasernya. Menyalah – nyalahkan pegangan ulama menurut pemahaman dirinya yang salah, menghukum ulama menurut pemahamannya dan bukan dengan apa yang difahami oleh ulama tersebut. Ulama kata Nur Muhammad itu makhluk ciptaan Allah dan bukannya Zat Allah yang Qadim, dia kata ulama kata Nur Muhammad itu Dzat Allah yang Qadim, contoh……Allahu …..Allah. Mudahan – mudahan Allah pelihara kita.
Akhirul kalam, hendaklah kita mempelajari ilmu – ilmu yang diwajibkan menurut syariat yang berkaitan dengan akidah, ibadah, mu`amalah, akhlak dan seumpamanya. Menjalani dan mempraktikkannya, mudah – mudahan Allah menganugerahkan kita dengan ilmu hakikat dan makrifat sehingga kita kenal akan Dia dengan haqqa ma’rifatihi (makrifat yang sebenar – benarnya) yang menjadikan jiwa kita tenang setenang – tenangnya, meraih nafsul muthmainnah yang diakui Allah `azza wa jalla sebagai hambaNya yang berhak untuk memasuki syurgaNya…. Allahumma aamiin.
Guru Sekumpul rahimahullah
TG Baba Ismail Spanjang hafizahullah
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.