Sejak penghujung minggu lepas, negara kita mengalami masalah jerebu. Kalau rajin perhatikan bulan, kita akan perasan bulan kelihatan warna oren disebabkan partikel di udara. Nampak cantik atau mungkin juga sedikit menakutkan.
2 Oktober 2023 pukul 7.12 pagi.
Status cuaca di tempat tinggal saya – jerebu. Sebenarnya agak sukar saya nak membezakan kabut asap di sini sama ada jerebu atau bukan. Kerana di sini memang kerap nampak ‘berkabus’ kemudian di susuli bau yang tak menyenangkan. Selalu jugak tanpa sebarang amaran (kabut asap), bau busuk menerpa masuk dalam rumah. Baunya tak sama tau, ada macam-macam bau yang tak dapat saya nak terangkan. Maka berlarilah saya menutup pintu sliding door dan tingkap ruang sidai baju.
Saya syak mungkin asap dari kilang sebab kawasan sini banyak kilang. Dari rumah saya pun boleh nampak kepulan asap keluar dari cerobong asap kilang. Selain kilang, bau tersebut mungkin datang dari sektor pertanian/penternakan. Ikutkan saya, nak je buat buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar. Tapi memikirkan penduduk tetap di sini pun tenang-tenang aje hadap bau begitu bertahun lama, tak kan saya datang terus nak mengadu itu ini 😄
4 Oktober 2023 pukul 7.06 pagi.
Alhamdulilah setelah beberapa hari hujan, pagi ini status cuaca bertambah baik. Semalam hujan lebat sejak waktu subuh. Hari ini pula, sekitar pukul 10 tadi hujan turun membasahi bumi. Memang tepat sungguh ramalan cuaca di atas tu ya 😀
Pemandangan dari balkoni rumah saya sekitar pukul 7 pagi tadi, ruang udara bebas jerebu.
Pemandangan sekitar pukul 10 pagi tadi. Hujan lebat berserta angin kuat. Sejuk nyaman.
Sengaja saya catatkan hal-hal kecil seperti perubahan cuaca begini sebagai satu memori sepanjang keberadaan saya di rumah PP.
InsyaAllah mulai bulan hadapan saya dan Encik Suami akan melakukan perubahan hidup seterusnya. Ini bermakna saya mempunyai masa kurang sebulan di negeri kedua terkecil di Malaysia ini. Ke mana kami? InsyaAllah akan diceritakan bila tiba masanya.
Setiap perubahan, bahkan perubahan menjadi lebih baik, selalu disertai dengan kekurangan dan ketidaknyamanan. – Arnold Bennett
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.