Setiap insan yang bernyawa pasti mengalami tekanan dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini.Tekanan merupakan cabaran yang peru didepani semua orang ,sama ada orang dewasa , remaja , kanak-kanak ,mahupun bayi.Hanya yang membezakan tekanan yang dialami bagi setiap peringkat umur ialah tahap tekanan atau punca beralakunya tekanan.
Dalam era globalisasi yang serba pantas dan moden,pembangunan serta pesetan teknologi,mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat .Hasil daripada perkembangan kemajuan,berlaku banyak perubahan dari segi gaya dan matlamat hidup.Sikap saling berlumba menimbulkan pelbagai kesan psikologi kepada setiap peringat golongan masyarakat.
Selari dengan perkembangan ini, langkah menguruskan tekanan dengan secara bijaksana sangat diperlukan bagi mermbantu pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan yang mencabar kini.Oleh sebab tekanan emosi merupakan pengalaman atau kejadian yang sering dialami seseorang individu hingga menyebabkan gangguan terhadap pemikiran ,perasaan dan aktiviti harian,maka hal ini perlu diuruskan dan ditangani dengan segera supaya tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan individu yang terlibat.
Menurut Lessard, tekanan yang tidak sengaja dialami oleh orang dewasa,bahkan melanda juga remaja dan kanak-kanak ,memerlukan keseimbangan dari pelbagai aspek,khususnya bagi memainkan peranan dan tugas yang dilaksanakan .Sekiranya tiada keseimbangan ,seseorang itu mudah mengalami tekanan emosi.Oleh hal yang demekian,fenomena terkanan dalam kalangan pelajar merupakan topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami tekanan.Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka.Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah pelajar yang menunjukkan kecermelangan akademik pada peringkat sekolah,tetapi tidak dapat mengakalkan pencapaian yang baik apabila berada di sekolah menengah atau kolej.Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.
Selain itu,faktor persekitaran ,persaingan hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar turut menyebabkan tekanan emosi kepada pelajar.Oleh itu, tekanan masih tidak dapat dipisahkan daengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperoleh pelbagai kemahiran.Bentuk tekanan dalam kalangan pelajar juga adalah berbeza.Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan tekanan tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal ,mental atau emosi yang negatif serta berupaya memotivasikan diri.Ada juga peajar yang tidak berupaya menguruskan tekanan apabila berada dalam peringkat pengajian yang lebih tinggi.Tekanan yang melebihi tahap tertenti sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu yang terbabit.
Biasanya, tekanan emosi dialami dalam pelbagai keadaan seprti rasa sunyi , kurang tidur ,keresahan, kebimbangan yang tinggi ,serta simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami.Oleh hal yang demekian ,tekanan emosi boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian pelajar terjejas sehingga memberikan impak negatif terhadap tahap kesihatan ,personaliti ,interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson,apabila tekanan dilihat dari aspek yang negatif atau tekanan yang terlalu tinggi,hal ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar.Oleh sebab tekanan dalam kalangan pelajar merupakan fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh,maka adalah penting untuk mengenal pasti faktor penyebab tekanan pelajar terlebih dahulu sebelum program pengurusan tekanan dilakukan.
Penyelidik dari Universiti Melbourne ,Australia ,menjalankan Projek Gatehouse selama enam tahun terhadap peajar sekolah di sana mengenai penggunaan dadah,aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri.Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa masalah sosial ini menurun sebanyak 50 peratus hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan ilmu pengurusan tekanan emosi harian.
Sememangnya ilmu menguruskan tekanan emosi sangat penting diajarkan kepada pelajar supaya mereka dapat membentengi diri sendiri apabila menghadapi tekanan dengan menyeimbangkan emosi.Oleh sebab itu,melalui pendidikan di sekolah ,setiap pelajar dididik suoaya dapat menyeimbangkan jasmani,emosi , rohani dan intekek dalam menjalani kehidupan seharian.
Gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunujukkan pola meningkat dan peru ditangani dengan sebaik-baik mungkin dari semasa ke semasa .Bagi mengatasinya ,empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis untuk melasanakan modul khas bagi mengesan gejala penyakit mental dalam kalangan remaja pada peringkat awal.
Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan remaja.Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk tingkah laku yang seimbang,sekali gus membentuk remaja yang mempunyai personaliti yang seimbang dan mampu menguruskan emosi.

Tanda remaja mengalami tekanan emosi
- Selalu berasa sedih atau rasa tidak berguna.
- Tidak lagi mementingkan penampilan dan kebersihan diri
- Enggan berinteraksi dengan orang lain
- Suka melanggar peraturan
- Merosakkan harta benda awam
- Menunujukkan sikap melawan
- Tidak mahu ke sekolah atau sering ponteng sekolah
- Pencapaian akademik merosot
- Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran seperti sukan,membaca dan muzik
- Perlakuan berisiko ,seperti merempit atau menyalahgunakan dadah
- Lebih cepat marah dan terganggu daripada biasa.
Petikan diambil dan diubah dari Dewan Siswa Edisi April 2012
Majalah Siswa |
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.