Semalam hari Sabtu, saya dan Encik Suami ke bandar Kangar yang terletak kira-kira 30 km dari rumah. Maklumlah, saya tinggal di tempat yang tak banyak kemudahan. Maka perlulah bergerak jauh bagi memenuhi keperluan.
Alhamdulillah banyak hal dapat diselesaikan, antara tempat yang kami tuju – klinik dan kedai gunting rambut. Kali ini kami sama-sama pergi gunting rambut, tapi di lokasi berbeza. Juga kami sama-sama tak berpuas hati dengan hasilnya 😅
Kami keluar dari pagi membawa ke petang. Dah penat ke sana sini dan ditambah dengan rasa kecewa berkaitan hal gunting rambut tadi, marilah kita mengubat rasa dengan makan sedap di tempat yang sedap mata memandang. Ah! Saja cari alasan kan ðŸ¤
Koffee Kitchen, Kangar
Kali pertama kami ke sini pada waktu malam bersama keluarga adik ipar, dah begitu lama iaitu ketika kami masih menetap di rumah PP.
Sebaik melangkah masuk kafe, kami disambut mesra oleh seorang pelayan lelaki dan di bawa ke meja yang sesuai untuk dua orang. Adik pelayan memberikan kami buku menu dan menerangkan menu yang tiada pada masa tersebut. Bagus begini, tidaklah kita kecewa bila dah buat pesanan baru tahu ini habis itu tiada.
Suasana di dalam kafe. Terdapat dua ruang makan, kami di ruangan kedua. Masa ni ramai juga pelanggan tetapi tidaklah sesak.
Suasana kafe seperti dalam sebuah rumah moden dengan dekorasi barang lama. Hiasannya ringkas tetapi menarik.
Tak lama menunggu, minuman yang dipesan pun tiba. Minuman pilihan saya – iced caramel macchiato RM13.90. Rupa memang menggoda, rasanya juga menepati cita rasa saya.
Minuman pilihan Encik Suami – hot green tea RM13.90. Biasanya makan dan minum apa-apa, kami akan berkongsi merasa. Tapi kalau green tea memang untunglah Encik Suami minum sendiri saja, aroma dan rasa green tea bukan sesuatu yang kena dengan cita rasa saya.
Makanan yang dipesan lambat tiba. Kira-kira 30 minit selepas membuat pesanan, barulah hidangan saya tiba – mushroom soup RM13.90. Terubat rasa bosan menunggu apabila dapat menikmati rasa sup cendawan yang begitu lazat. Rasanya sedap, tekstur sup tidak cair dan tidak pekat.
Cheese fries RM16.90 ini pula tiba setelah kira-kira 40 minit pesanan dibuat. Lama sungguh 😅. Tapi sekali lagi, terubat rasa apabila dapat menikmati hidangan yang memenuhi selera. Cheese fries ini bukanlah sekadar kentang goreng tetapi dicampur dengan daging cincang/kisar.
Alhamdulillah semua minuman dan makanan yang kami pesan begitu memuaskan selera. Layanan juga mesra dan cekap. Ruang kafe pula cukup selesa dan sedap mata memandang.
Cuma harapnya pihak kafe dapat kurangkan masa menunggu makanan, tempoh 40 minit terasa sangat lama. Saya andaikan mereka ada masalah kurang petugas di dapur sebab tu lambat. Ruang parkir di sini juga terhad, susah sikitlah nak parkir ketika ramai pelanggan berkunjung.
Jika kalian berkunjung ke Perlis, jemputlah mencuba hidangan di Koffee Kitchen ni ya.
*********************************************
KOFFEE KITCHEN
27, Exit Jalan Raja Syed Alwi,
Kampung Guar Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis.
Google Maps | Koffee Kitchen
Waktu operasi :
Setiap hari | 10.30 pagi – 12.30 tengah malam
Tutup | Isnin
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.