Buku Am

Hakikat surat (rupa batin) (rupa zahir) (1)


Tiap-tiap satu kejadian itu mempunyai hakikat dan juga suratnya. Antara
kedua-duanya itu meskipun ada persamaan yang nyata tetapi pada dasarnya
didapati perbezaan yang amat jauh.
Kita  tentu pernah melihat buah-buah yang
diperbuat daripada plastik. Pada zahirnya buah-buah itu nampaknya seperti
buah-buah asli tetapi amatlah jauh bezanya antara yang palsu dengan asli itu.
Kita  kata tidak boleh disamakan kerana
buah-buahan palsu itu tidak mempunyai keharuman, kemanisan dan kelazatan
sedikitpun. Yang dipunyainya hanyalah rupa dan warna.
Tentu ramai di antara kita yang pernah melawat ke rumah gambar atau muzium.
Di sana tentulah kita dapat melihat 
berbagai binatang seperti singa, harimau, gajah dan lain-lain. Sayangnya
binatang-binatang itu tidak bernyawa dan tidak pula boleh bergerak. Ya! Ada
rupa harimau tetapi tidak ada suara, tidak ada kekuatan, keberanian, kegagahan
serta kehebatan padanya. Yang ternyata hanya suratnya sahaja, hakikatnya sama
sekali tidak ada.
Surat tidak boleh mengambil tempat hakikat. Tidak pula boleh melawan
hakikat dan tidak boleh memikul beban hakikat. Hakikat mempunyai satu kekuatan
yang paling agung yang tidak dapat dinafikan. Hakikat itu adalah satu kewujudan
yang kukuh, malahan surat itu cumabayangan semata-mata. Sebagai misalan,
cubalah lihat seorang budak kecil bahawa ia boleh menjatuhkan sebuah patung
singa ketanah, sebabnya ialah meskipun budak itu kecil dan lemah tetapi
berhakikat; dan patung singa itu sungguhpun dianggap gagah tetapi hanyalah
bersurat sahaja. Hakikat yang ada pada budak itu dengan mudah sahaja boleh
menewaskan surat yang ada pada singa yang dianggap gagah itu.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top