Perlis

Cerita Hari Sabtu


Cerita hari Sabtu, 27 April 2024.
C-MART ARAU
Pasaraya C-Mart, Arau
PASARAYA DENGAN BANYAK PILIHAN BARANGAN | Semenjak menetap di Perlis, saya menghadapi masalah nak membeli keperluan rumah – tiada atau tak banyak pilihan dan harga biasanya lebih tinggi.
Kalau sebelum ni (di rumah NS dan rumah PP), saya berbelanja di pasaraya Aeon – lengkap pelbagai barangan, banyak pilihan pelbagai jenama/jenis, sayuran segar dan ada tawaran harga rendah produk tertentu atau baucer diskaun pada masa tertentu. Memang seronok membeli-belah.
Setakat ini di Perlis, saya membeli barang keperluan di pasaraya Giant, Borong Din dan Jmart yang terletak di Kangar. Pengalaman membeli-belah yang jauh berbeza – kurang pilihan jenama/jenis barangan, harga lebih tinggi dan selalunya sayuran kurang segar. Ini bukanlah satu rungutan ya, tetapi sekadar penceritaan pengalaman. Di bumi mana pun saya berhijrah, saya akan belajar sesuaikan diri dengan suasana kehidupan baru.
Seorang sahabat mencadangkan saya ke pasaraya C-Mart yang terletak di Arau. Maka pada hari Sabtu lalu, berpagian saya dan Encik Suami ke C-Mart yang terletak kira-kira 20 km dari rumah. Sebuah pasaraya besar dengan pelbagai pilihan barangan. Setakat ini, nampaknya inilah pasaraya paling lengkap dan banyak pilihan barangan yang pernah saya kunjungi di Perlis. Alhamdulillah.
HARI TANPA BEG PLASTIK FASA KE-3 MULAI 1 APRIL 2024 | Satu langkah yang baik oleh kerajaan Perlis dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar. Pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik ini hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dan caj 50 sen dikenakan bagi penggunaan setiap helai plastik.
Tiada masalah bagi kami yang sudah biasa membawa beberapa jenis shopping bag dalam kereta. Lagi pulak semasa menetap di rumah PP, pelaksanaan Hari Tanpa Plastik di PP lebih tegas (setiap hari tanpa beg plastik dan ada hari tertentu beg plastik memang tak dijual).
RISIKO BELI BARANG ‘ONLINE’ | Selepas membeli barang keperluan, kami ke syarikat penghantaran J&T bagi pos semula barang ke penjual. Beginilah antara hal yang leceh bila beli secara online – penjual salah pos barang, terpaksalah kita pergi pos semula. Kena mintak resit sebab nak tunjuk bukti kepada penjual bagi urusan refund. Kos pos RM7.40.
TELUR DADAR DAUN SELASIH
TELUR DADAR DAUN SELASIH | Kami makan tengah hari di Mee Mee Authentic Thai Empire, antara tempat makan kegemaran kami yang terletak di Kangar Jaya. Biasanya kami pesan telur dadar cha om, tapi kali ini kami mencuba telur dadar daun selasih. Sedap!
DERETAN GERAI JUALAN HARUMANIS | Perlis sudah pun memasuki musim buah mangga harumanis bermula sekitar Ramadan lalu. Ketika ini, di sana sini kelihatan deretan gerai jualan harumanis di tepi jalan. Rezeki kami menetap di sini, memang puas dapat makan harumanis tanpa keluar duit (pemberian orang dan pokok di belakang rumah).
.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top