Sidi Ahmad al-Badawi adalah seorang wali dan ulama yang sudah masyhur dikenali ramai. Manaqib dan kisah – kisah karamah beliau sudah banyak ditulis. Antara amalan beliau yang sudah tersebar adalah dua shighah shalawat, iaitu Shalawat Nuril Anwar dan Shalawat Nuraaniyyah @ ash – Shalatu al-Ahmadiyyah (Shalawat Ahmadiyyah). Maka tidaklah menjadi sesuatu yang pelik, jika ramai yang bertawassul dengan beliau bagi memohon perkenan Allah atas hajat keperluan mereka. Namun, tiada seorang pun daripada mereka – mereka yang beriman itu beriktikad bahawa Sidi Badawi mempunyai kuasa, yang Maha Berkuasa hanya Allah, Sidi Badawi hanya memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah sebagai warisnya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, tiadalah martabat dan kedudukan Sidi Badawi melainkan kerana ikutan yang sempurna beliau bagi Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Maka digelarlah beliau sebagai Babun lin Nabi yakni ” Pintu kepada hadhrat Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam”, iaitu pintu untuk mengenali, mencintai dan mengikuti Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan sepenuh jiwa dan raga.
Menurut almarhum Dr. Abdul Halim Mahmud, mantan Syaikhul Azhar, dalam buku beliau yang berjodol “Aqthaab at-Tashawwuf, as-Sayyid Ahmad al-Badawi radhiyaAllahu `anhu”, karamah terbesar bagi Sidi Ahmad al-Badawi adalah kejayaan beliau dalam mentarbiyyah manusia – manusia yang akhirnya menjadi pahlawan – pahlawan agama yang berjihad di jalan Allah. Telah masyhur kisah perjuangan Sidi Badawi dan murid – murid beliau dalam medan peperangan melawan musuh – musuh Islam. Juga telah masyhur kisah – kisah karamah Sidi Badawi yang membebaskan para pejuang Islam yang ditawan tentara – tentera Salib sehingga penduduk Mesir menyebut Sidi Badawi dengan lahjah mereka sebagai Jaabal Yusra iaitu Sang Pembebas Tawanan. Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah juga tidak ketinggalan menukilkan kisah karamah Sidi Badawi dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin, antaranya pada halaman pada halaman 146 sebagai berikut:-
Futuwwah itu secara ringkas dapat diertikan, antaranya, sebagai beretika tinggi, berakhlak mulia, amat dermawan, budiman, sangat prihatin dan peduli serta mengambil berat akan kesusahan orang lain, bermaruah tinggi dan amat berani dalam menegakkan kebenaran. Untuk mengetahui lanjut penjelasan mengenai futuwwah, silalah merujuk kepada kitab – kitab tashawwuf seperti Risalah al-Qusyairiyyah karangan Imam al-Qusyairi, Kitab al-Futuwwah karangan Imam as-Sulami, Kitab al-Futuwwah karangan Ibnu al-Mi’mar al-Baghdadi al-Hanbali dan sebagainya. Mudah – mudahan Allah melimpahkan keberkatan Imam asy-Syafie dan Sidi Ahmad al-Badawi kepada kita dan segala anak turunan kita sekaliannya.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.