Perlis

Bersiar-siar di Tasik Timah Tasoh, Perlis


Menyambung catatan jalan-jalan bersama ahli keluarga Encik Suami di Perlis pada penghujung Disember 2023. Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami terus menuju ke Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh untuk aktiviti bersiar-siar di sekitar tasik Timah Tasoh dengan menaiki bot.
Ini merupakan kali kedua saya menaiki bot di sini. Maka entri ini saya catatkan secara ringkas sajalah sebab dah pernah cerita berkenaan Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh dalam entri terdahulu. 
Cuaca ketika ini sedikit mendung, sama seperti sewaktu kunjungan pertama saya ke sini sekitar Oktober 2022. Foto-foto yang dirakam semuanya jadi suram.
Disebabkan jumlah kami agak ramai, kami berpecah menaiki dua buah bot. Beginilah keadaan dalam bot yang kami naiki, tak sama dengan pengalaman saya sebelum ini. Kali ini kami duduk di atas kerusi plastik yang disusun secara berbaris. Saya rasa tak seronok sebab naik bot tapi duduk atas kerusi plastik šŸ˜…
Kedudukan begini juga membuatkan kami sukar berkomunikasi. Tambahan pula dengan encik pemandu bot yang agak kurang mesra, aktiviti bersiar-siar di tasik kali ini terasa sedikit membosankan bagi saya. Selitan info atau cerita berkenaan tasik ini akan memberi tambah nilai bagi aktiviti begini.
Perubahan baru di sini, terdapat platform untuk pengunjung merakam foto kenangan di tengah tasik dengan berlatarkan Bukit Chabang. Di platform tersebut terdapat sebuah buaian dan tulisan ā€˜I ā¤ļø Santuari Ikan Air Tawarā€™. Kawasan platform tidaklah begitu luas, jadinya pengunjung perlu berhati-hati berdiri sementara menunggu giliran untuk berfoto di buaian atau tulisan tersebut.
Menurut pendapat saya, lebih menarik jika kita berfoto dari atas bot (seperti pengalaman saya sebelum ini) berbanding berfoto di atas platform dengan buaian dan tulisan ā€˜I ā¤ļø ā€¦ā€™. Entahlah, saya kurang suka bila tengok ada ā€˜aksesoriā€™ tak perlu di tempat yang menawarkan keindahan alam. Seakan hilang keasliannya.
Dah siap berfoto di platform, bot kami mulai beredar. Masa inilah bot yang membawa sebahagian ahli keluarga lagi baru tiba. Saya rakam foto mereka dari kejauhan sajalah.
Bagi kalian yang nak info lanjut berkenaan Santuari Air Tawar Timah Tasoh, jemput baca entri semasa kunjungan pertama saya DI SINI. Jika kalian nak merasa pengalaman bersiar-siar di tasik buatan yang menjadi pusat tadahan air hujan ini, bolehlah masukkan aktiviti menaiki bot dalam itinerari jalan-jalan Perlis.
.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top