Syarhus Shadar beliau tulis sekitar tahun 1960an, ketika beliau bermukim di Pesantren Bendo, Pare, Kediri, Jawa Timur, di bawah asuhan KH Khozin yang merupakan bapa saudara kepada Kiyai Ihsan Dahlan Jampes, Kediri, pengarang Sirajuth Thalibin syarah bagi Minhajul Abidin. Nazam beliau ini juga telah diberi taqridz (kata alu – aluan) oleh beberapa ulama besar Jawa Timur ketika itu, seperti KH Jazuli Usman Ploso, KH Abdul Majid Kedunglo, KH Musta`in Romli Peterongan dan KH Mundzir Bakri Mangusari. Selain menjadi pengasuh Pesantren Darul `Ulumisy Syar`iyyah, Bode, Plumbon, Cirebon, KH Mahmud juga banyak menulis, antara karya beliau adalah:-
- Mandzumatud Durratis Saniyyah fi Ilmit Tafsir (ilmu tafsir);
- Mawahibul Mughits fi musthalah al-hadits (ilmu musthalah hadis);
- Syarah Jawharil Maknun ( Bahasa Arab);
- al-Musyriq fi ilmil mantiq (ilmu logika);
- Ghunyatul Miskin fi Mandzumatis Sittin (ilmu fiqh);
- Nukhbatul Banin min Ummil Barahin (ilmu tawhid);
- I`anatur Rafiq fi nadzmi Sullamit Tawfiq (ilmu fikih);
- Bintus Sa`ah fi `Awamil Mi`ah (Bahasa Arab);
- Bida`ul Masajid; dan
- Ghayatuz Zain (ilmu fiqh).
Beberapa hari yang lalu, tersebar di medsos suatu insiden, di mana seorang kafir telah mendatangi sebuah surau dengan marah – marah kerana pembesar suara yang digunakan untuk memperdengarkan bacaan imam ketika shalat tarawih terlalu bising sehingga menyebabkan dia terganggu. Sebenarnya perkara ini, sedar tak sedar, sering kali dilakukan oleh masjid dan surau kita. Pembesar suara hendaklah digunakan dengan sewajarnya dan tidak disalahgunakan. Namun apa yang kerap berlaku adalah penyalahgunaan pembesar suara sehingga mengakibatkan gangguan kepada pihak lain. Islam tidak melarang penggunaan pembesar suara, apatah lagi untuk urusan seperti mengumandangkan azan. Namun, untuk memperdengarkan bacaan imam atau bacaan al-Quran atau ceramah atau pengajian, penggunaannya hendaklah mengikut keperluan yang sewajarnya. Janganlah bacaan imam ketika shalat berjemaah dalam shalat jahriyyah pun diperdengarkan full blast dari corong pembesar suara di luar masjid atau surau, lainlah kalau ada makmum yang ikut sama berjemaah di luar masjid yang bersambung dengan shaf yang di dalamnya. Mustahil gamaknya ada orang yang hendak berimamkan imam di dalam masjid dari serambi atau halaman rumahnya dan berapa kerat pula yang loba nak mendengar pengajian di masjid dari bilik tidurnya di rumah? Bertambah parah lagi apabila bacaan imam pun ke laut, dek kerana memang original begitu atau dek kerana sound engineering failed. Maka apalah faedahnya, bahkan ini boleh menimbulkan dampak negatif, tohmah dan fitnah terhadap agama suci kita. Ianya boleh menjadi haram kerana mengganggu pihak lain seperti orang yang sedang shalat di rumahnya, anak – anak kecil yang sedang tidur, murid yang sedang belajar, orang yang sedang ngobrol melayan tetamunya, kafir zimmi yang sedang santai dan lain – lain seumpamanya. Janganlah dijadikan alasan menghidupkan syiar, syiar mestilah dalam kerangka syariat dan bukannya di luar batasan syariat. Maka cukuplah penggunaannya sekadar keperluan para jemaah di dalam masjid atau surau tersebut. Kepada AJK masjid dan surau, sila control volume.
KH Mahmud rahimahullah menyentuh hal ini dalam karangan beliau, Bida`ul Masajid, menurut beliau hal tersebut adalah bid`ah dhalalah kerana melanggar larangan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam agar tidak meninggikan atau mengeraskan suara dalam masjid seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang kira – kira bermaksud: “Jauhkan masjid – masjidmu dari suara kerasmu” dan kisah Sayyidina `Umar memarahi dua orang penduduk Thaif yang mengeraskan suara mereka dalam Masjid Nabawi sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Antara lain, beliau rahimahullah menulis sebagai berikut:- “….Perlu diperhatikan bagi guru ngaji / kiyai / ustadz bahwa pengajian di dalam masjid harus dengan suara yang sederhana / tidak terlalu keras sehingga melebihi pendengaran mukhothob / hadirin. Tetapi cukup sekedar dapat didengar oleh hadirin saja….. [Penulis mendatangkan nas yang faqir terjemahkan secara ringkas sekadarnya sebagai berikut: “Dalam Qurratul `Ain halaman 52 dinyatakan sebagai berikut: “Makruh mengangkat suara (mengeraskan suara) dalam mengajar ilmu melebihi kadar yang diperlukan untuk pendengaran mukhathab (audience), walaupun di tempat selain masjid (yakni hukumnya sama sahaja bagi masjid atau tempat selainnya) menurut pendapat yang masyhur (qawl masyhur)”]. ……. Mengeraskan suara di dalam masjid, walaupun dengan bacaan zikir atau Qur`an, adalah bid`ah dholalah / perbuatan yang menyimpang dari ajaran agama…. Dari sahabat Watsilah bin Asqo`: Berkata Nabi SAW: Jauhkan masjidmu dari suara kerasmu …….……. Apa lagi (lebih – lebih dilarang) mengeraskan suara dengan pakai corong (speaker) yang pasti lebih keras seribu kali, apa lagi setelah azan semakin bertambah dilarang (haram) karena tasywisy / bribin, rongeh yang mengganggu ketenangan umum. … Menggunakan pengeras suara / speaker di waktu salat atau khutbah adalah bid`ah dhalalah apabila suara imam atau khatib sendiri sudah bisa sampai / di dengar oleh makmum / hadirin….
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.