Cerita hujung bulan April lalu, saya dan Encik Suami berkesempatan mencuba hidangan sarapan di Arau Kopi. Lokasinya di Arau dengan jarak kira-kira 20 km dari rumah kami.
Arau Kopi terletak di sebuah lorong kecil di kawasan kampung yang hanya boleh dilalui satu kereta sahaja pada satu masa. Kedudukan papan tanda Arau Kopi di hadapan lorong pula agak tersorok, kita perlu perhatikan dengan teliti supaya tak terlepas untuk membelok masuk lorong.
Arau Kopi terletak di kawasan rumah. Tempat letak kereta agak terhad. Kita boleh letak kereta di halaman rumah (dalam pagar), di bahagian luar pagar atau boleh terus ke belakang lorong.
Kawasan letak kereta di bahagian belakang lorong.
Sajian pemandangan indah sawah padi yang terletak berhadapan dengan kawasan letak kereta.
Menu di Arau Kopi. Konsep di sini – ambil sendiri kad menu dan kertas pesanan di hadapan kedai, kemudian isi dan serahkan ke kaunter pesanan. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja.
Sajian istimewa di sini, tentunya Kopi Arau – kopi dicampur mentega. Ada pilihan sejuk atau panas. Sedap jugalah, cuma saya kurang gemar sebab nampak berminyak. Lain kali nak cuba Kopi Arau sejuk (ais) pula.
Hidangan sarapan pilihan kami.
Nasi lemak ayam belacan, pek nga gulai ikan dan nasi ayaq berlauk. Kita belajar sikit dialek utara – pek nga (lempeng kelapa) dan nasi ayaq (bubur nasi).
Kali kedua datang sini, kami mencuba roti telur gedik dan kuetiau goreng pula.
Setakat menu yang saya dah cuba ni, Alhamdulillah semuanya memuaskan selera terutamanya nasi lemak dan nasi ayaq berlauk. Tambah berselera bila menikmati hidangan di tempat makan dengan konsep ruang terbuka, sambil telinga mendengar irama lagu lama. Suasana makan yang cukup santai.
Servis di sini juga pantas, tak perlu menunggu lama untuk makanan kita dihidangkan walaupun pelanggan ramai. Tetapi minuman sedikit lewat, iaitu selepas makanan tiba. Kedudukan antara meja makan pula agak rapat, menyukarkan pergerakan. Mungkin mereka mahu memaksimumkan ruang supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati hidangan di sini.
Kalau ada ke Perlis, kalian bolehlah mencuba makan di Arau Kopi ni. Sebaiknya datang di awal pagi supaya mudah mendapatkan ruang letak kereta dan memilih meja makan di sudut yang menarik.
**********************************************
ARAU KOPI
136, Jalan Chin Ali,
Kubang Gajah,
02600 Arau,
Perlis.
Google Maps | Arau Kopi Perlis
Waktu operasi :
Setiap hari | 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tutup | Jumaat
.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.