Tahun 1945, Japan terlibat dengan perang Dunia Kedua. Serangan Japan atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat pemerintah Amerika berang lalu memutuskan untuk menjatuhkan bom atom yang pertama kali dalam sejarah peperangan, disebabkan itu Japan tewas ditangan Amerika.
Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe mengalami kemusnahan yang teruk sehingga menjadi rata seperti padang jarak padang terkukur.
Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah. Bahagian luar masjid menjadi sedikit kelabu kerana asap serangan bom tersebut.
Tentara Japan yang berlindung di kawasan masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pengebumian tenteta japan yang tewas akibat peperangan.
Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait memberi sumbangan dana dalam jumlah yang besar untuk kerja-kerja baik pulih masjid tetsebut.
Setiap kerosakan diganti dengan yang baru di import khas dari Jerman serta perhiasn yang lebih canggih dan teratur.
Sekolah serta beberapa bangunan yang musnah kembali dibangunkan. Umat Islam kembali menikmati aktiviti-aktiviti keagamaan di Masjid Muslim Kobe.
Kemusnahan yang teruk tidak sempurna tanpa bantuan dari pelbagai Negara. Persepakatan inilah jadikan Penyatuan Umat Islam berkembang dengan pesatnya hasil daripada peristiwa tersebut. SUBHANALLAH… setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya… hanya DIA yang maha mengetahui.
Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Turut menimpa di kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan sekitarnya.
Menurut laporan gempa itu disebabkan oleh tiga buah daratan yang saling berlanggar , iaitu dataran Filipina, dataran Pasifik, dan dataran Eurasia. Walaupun hanya berlaku selama 20 saat, tetapi gempa ini mengorbankan nyawa sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Japan sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan jiwa sebanyak 140.000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap kukuh dan berdiri tegak seperti kebal dari pelbagai bencana. Itulah Masjid Kobe rumah Allah yang sentiasa di lundungi olehNya, SUBHANALLAH..- Digital Dakwah
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.