resepi

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.


Antara banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampung menjadi kegemaran cikla. Kalau dulu suka nasi goreng biasa, tapi sejak sejak ni nak tukar selera. Kalau beli kat kedai tu biasalah ada kalanya tak memuaskan hati. Iyelah, mana sama dengan buat sendiri kan. Perencah banyak, sayur selambak. Nak puas hati masak sendirilah, haha. 
Okeylah, kali cikla nak share resepi nasi goreng kampung cara cikla. Mungkin korang ada cara lain kan, tapi bagi cikla resepi ni yang paling senang. 
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 
Bahan-bahan:

Nasi putih.
Bawang merah.
Bawang putih. 
Cili api.
Ikan bilis.
Sedikit belacan. 
Sayur kangkung.
Kicap manis kipas udang.
Garam dan perasa.
Minyak.
Cara buat:

1. Bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan ditumbuk sehingga halus. Kalau cikla suka kasar kasar sikit. Masak menumbuk tu masukkan garam, agak agak je la.
2. Masukkan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 
3. Dengan menggunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu (kalau minyak banyak, luakkan sikit), tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau. Selepas itu, masukkan kicap. Kacau sekejap. 
4. Kemudian, masukkan nasi putih, ikan bilis goreng dan kangkung, garam dan perasa. Gaul rata dan masak sampai kangkung layu.  
5. Bila dah rata digaul semua, tutup api dan bolehlah dihidang. 
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 
Bahan tu cikla agak agak je tau. Tengok pada kuantiti nasi putih yang korang guna. Nak tambah isi ayam ke, telur ke boleh je. Pendek kata, kalau orang nak tambah apapun jat dalam nasi tu, tambah je la, tapi yang penting kena ada kangkung dengan ikan bilis goreng. Nak pedas lagi tambah je cili banyak-banyak. Selamat mencuba. 

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top