Antara majlis yang pernah dimulazamah faqir adalah majlis rohah yang dibuat setiap minggu di kediaman al-Habib Dr. Muhammad al-Habsyi, jazahullahu ahsanal jaza`. Materi pengisian rohah tersebut adalah berdasarkan kitab – kitab yang masyhur di kalangan para saadah Ba `Alawi, iaitu Sabilul Muhtadin fi dzikri ad`iyyati Ashabil Yamiin berserta dengan al-`Ilmun Nibraas karangan Habib `Abdullah bin `Alawi bin Hasan al-`Aththas rahimahullah dan Syarhul `Ayniyyah karya Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi rahimahullah. Majlis akan dimulai dengan membaca Ratibul Haddad dan alhamdulillah tsumma al-hamdulillah, telah faqir perolehi ijazahnya daripada Dr. Muhammad al-Habsyi, yang memperolehinya daripada datuk beliau, Mufti Seiwun, dan guru beliau al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad rahimahumullahu ta`ala jami`an. Manakala teks ratib yang digunakan adalah berpandukan buku kecil yang disusun oleh Habib Abdullah bin Hasan bin Husain asy-Syathiri rahimahullah.
Buku kecil ratib tersebut dinamakan al-Irsyad fi asrari wa fawaa-idi ratib al-Habib `Abdillah bin `Alawi al-Haddad. Buku saiz poket sekitar 30 halaman memaparkan Ratibul Haddad dengan amat sederhana dan ringkas sehingga mudah diamalkan, tanpa fawaatih yang panjang berjela – jela. Habib `Abdullah asy-Syathiri memulakan buku kecil tersebut dengan menulis antara faedah dan rahsia Ratibul Haddad sebagai berikut, pada halaman 2 – 3:-
Di antara faedah – faedah dan rahsia Ratib al-Haddad:-
(1) al-Habib `Abdullah bin `Alawi al-Haddad telah mengatur ratibnya dan menganjurkan orang ramai di Hadhramaut membacanya di masa antara Maghrib dan `Isyak demi menentang seruan – seruan ulama sesat yang datang ke Hadhramaut dari luar negeri. Orang ramai pun mengamalkan bacaan Ratib al-Haddad itu. Dengan izin Allah ta`ala, seruan ulama sesat itu menjadi lemah dan akhirnya tidak berjaya. Oleh itu barangsiapa mengamalkan Ratib al-Haddad ini dengan betul dan ikhlas, in sya Allah, ia dilindungi Allah ta`ala dari segala bala` bencana dan kesusahan.(2) Segala zikir dan doa di dalam Ratib al-Haddad ini adalah sah dan betul dipetik daripada Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, kecuali bilangan kalinya. Tuan punya ratib ini menjadikan zikir (Astaghfirullah…) empat kali dan zikir (Ya Dzal Jalaali wal Ikram …..) tujuh kali dan zikir (La ilaha illa Allah) lima puluh kali dan zikir – zikir yang lain tiga – tiga kali. Kadar bilangan – bilangan ini adalah untuk meringankan pembacanya. Kerana zikir yang pendek dan kekal itu lebih afdhal daripada zikir yang panjang tetapi tidak kekal.
Mudah – mudahan dapat kita amalkan ratib yang berkat ini. Amalkanlah ikut kemampuan, ingat kaedah: “apa yang tidak dapat diambil semua, jangan ditinggal semua”. Amalkan setiap hari atau seminggu sekali atau sebulan sekali, in sya Allah, ada manfaatnya.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.