Buku Am

Wasiat Sultan Mansur Syah


Hai anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal
adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman yang sempurna dan
pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya. Adapun peninggalan
ayahanda ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat dan
jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya.
Maka haqqu’l-adam terlalu besar
dosanya, tiada diampuni Allah swt melainkan dengan izin dan yang empunya hak
juga, jangan sekali-kali engkau keluar di hadapan orang kerana hamba Allah
sekaliannya banyak berserah kepadamu jikalau kesukaran baginya, hendaklah
segala yang kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia hendaklah
engkau periksa ia baik-baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu,
kerana sabda nabi saw yang bermaksud: Segala
kamu yang menggembala akan ditanyai Allah swt…….
 
Sebab demikianlah, maka sebaiknya engkau berbuat adil dan saksama supaya di
sana jemah diringankan Allah Taalla kira-kiramu dan hendaklah engkau muafakat
dengan segala menteri dan orang besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau
bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan segala
pegawai, di mana akan dapat ia melakukan kebijaksanaannya itu?
Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala
menteri itu umpama kayu, kerana api itu tidak akan nyala jikalau tiada kayu
seperti Farsi; Ar’ayatu juan bakhasta
sultan khasad
, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon; jikalau
tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan
segala rakyatnya.
Hai anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini supaya beroleh
berkat diberi Allah swt, bija hi nabi
saw.
Wallahu ’alam
Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top