[Catatan ‘Day Trip’ ke Wilayah Songkhla | Ahad, 25 Ogos 2024]
Sedang elok konvoi kami tiga buah kenderaan bergerak meninggalkan Zoo Songkhla, hujan turun dengan lebatnya. Destinasi kami seterusnya – kedai makan halal.
Alhamdulillah kami ternampak sebuah kedai makan halal yang terletak di tepi jalan. Mudah dilihat. Macam mana tahu halal? Ada papan tanda tertera The Seaside Halal. Masa ni hujan dah reda, cuma gerimis masih membasahi bumi.
Kalau dari jalan raya, akan nampak sebuah pondok kecil yang dijadikan surau. Pergi belakang sikit barulah nampak ruang makan yang menghadap tasik.
Awalnya saya menyangka kedai makan ini menghadap lautan. Tetapi rupa-rupanya inilah Tasik Songkhla – tasik semula jadi terbesar di Thailand dengan keluasan 1,040 km².
Kalau cuaca cerah, tentu cantik dapat berfoto di jeti ini.
Saya tertarik dengan atap kedai makan ini yang menggunakan daun, entah daun apa ya? Atap daun begini nampak klasik dan mewujudkan suasana nyaman.
Kami buat pesanan makanan berpandukan buku menu tulisan Thai dan bahasa Inggeris. Antara makanan yang kami order – tiga ekor ikan siakap dan ikan jenahak (berbeza jenis masakan), tomyam seafood dan sotong celup tepung. Pantas juga mereka memasak, tak perlu lama menunggu satu persatu hidangan kami tiba di meja makan.
Setiap gelas minuman dihiasi bunga telang.
Hmm…kecewa sungguh saya bila dapat sotong celup tepung versi jemput-jemput/cekodok. Bila dimakan, potongan sotong lerai dari tepung. Rasanya juga kurang memenuhi selera saya.
Sebenarnya, tempoh hari semasa kami makan di Satun pun dapat sotong celup tepung versi jemput-jemput/cekodok. Tapi masih boleh diterima sebab rangup luarnya dan sedap rasanya.
Alhamdulillah makanan lain semuanya memenuhi selera. Habis dimakan semuanya. Seronok jalan-jalan dengan geng yang sentiasa berselera, makan apa pun licin!
Destinasi seterusnya, kami ke masjid ‘Taj Mahal’.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.