muhasabah diri

Teruskan berbuat baik, walaupun tidak sempurna.


Dalam hidup ini, kadang kala kita sering kali merasa tertekan untuk menjadi sempurna sebelum kita berani melangkah melakukan kebaikan. 

Namun, hakikatnya, kita tak perlu menunggu segalanya sempurna untuk berbuat baik. Berbuat baik itu adalah perjalanan, bukan destinasi. Kita perbaiki diri sambil kita berjalan, bukan berhenti kerana belum cukup baik.
Ketika kita mula melakukan kebaikan, bukan semua pihak akan suka, terutama sekali makhluk yang paling berbahaya, iaitu syaitan. 
Jika syaitan gagal untuk menghalang kita dari berbuat baik, dia akan cuba merosakkan amal kita. Syaitan tidak akan duduk diam. Dia akan mencari celah untuk menyusupkan rasa ujub dan bangga dalam hati kita. 
Teruskan berbuat baik, walaupun tidak sempurna.
Mungkin kita rasa diri kita hebat kerana solat lima waktu, namun sebenarnya kita terperangkap dengan rasa ujub. 
Apabila kita bersedekah, mungkin dia tidak boleh menghalang kita, tetapi dia akan meniupkan rasa riyak, agar kita merasa diri kita paling pemurah dan ingin dipuji oleh manusia. 
Sedangkan, niat ikhlas yang asalnya kerana Allah, hilang begitu saja.
Dalam usaha kita mendidik umat, syaitan akan berusaha merosakkan usaha kita dengan menggodai anak murid kita. Kita mungkin ajar mereka ilmu agama, tetapi mereka tetap melakukan maksiat. 
Akhirnya, kita rasa kecewa dan putus asa. Kita berfikir, “Apa gunanya aku terus mengajar jika anak murid tidak berubah?” Inilah saat di mana syaitan berasa gembira kerana dia berjaya.
Namun, kita harus ingat bahawa kunci untuk menghadapi segala godaan ini adalah dengan terus istiqamah dalam berbuat baik. Jangan mudah berputus asa. Ingatlah, jika kita menanam lalang, jangan harap padi akan tumbuh di celahnya. 
Kita perlu terus berusaha, terus memperbaiki diri, dan terus berbuat baik walaupun hasilnya belum kita lihat. Allah menilai usaha kita, bukan hasil yang kita peroleh.
Jadi, jangan pernah berhenti. Teruslah melangkah walaupun perlahan. Kebaikan itu adalah proses yang berterusan. Walaupun syaitan tidak pernah berhenti menggoda, kita juga tidak boleh berhenti berjuang. 

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top