Screenshot bertarikh 16 Februari 2024. |
Hanya dengan sekeping foto dan susunan kata meruntun rasa,
Lalu tanpa usul periksa ramai sekali yang melulu percaya.
Deretan komen berbaur fitnah dan tuduhan dilemparkan,
Pelbagai kata hinaan penuh amarah dilontarkan.
Mengapa kita mudah percaya?
Kerana kita malas berfikir.
Kerana kita tidak mencari kebenaran.
Kerana kita gemar mencari salah orang.
Kita lupa siapa musuh sebenar kita dalam isu Palestin-Israel.
Kita lupa bahawa kita juga ada tanggungjawab membantu Palestin.
Isu Palestin sepatutnya menyatukan kita umat Islam, bukan pecah belah.
Berhentilah menuding jari sesama negara Islam, tetapi carilah solusi.
Usah ditambah kekalutan yang ada dengan menyuburkan prasangka sesama kita.
Tanyalah diri sendiri, apa sumbangan kita dalam membantu Palestin?
Sudahkah kita berdoa saban hari memohon kemenangan buat Palestin?
Sudahkah kita memperbaiki iman bagi menjadi sekuat rakyat Palestin?
**************************************
Pernahkah kita berfikir sejenak apa akan terjadi kepada negara Palestin sekiranya semua rakyatnya lari meninggalkan bumi Palestin? Mereka tak akan boleh kembali dan negara Palestin tidak dapat didirikan! Itukah yang kita mahu?
Rakyat Palestin akan terus berjuang di bumi Palestin. Sementara itu, kita di sini teruskan berjuang menurut kadar kemampuan kita. Sebarkan semangat perjuangan dan sokongan terhadap Palestin serta jangan pernah putus asa memohon bantuan daripada Allah.
Saya jemput kalian ikuti perkembangan isu Palestin oleh Tuan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) di Facebook – ZRA STRIM. Semoga kita mendapat pencerahan tentang isu Palestin dan tidak melupakan rakyat Palestin yang sedang berjuang di medan peperangan yang memasuki hari ke – 138.
Saya juga memohon kita tidak mengecam pihak yang membuat posting dan berkongsi posting di atas. Setiap kita punya kelemahan sendiri. Semoga pada ketika ini posting tersebut (dan posting lain yang seumpamanya) sudah dipadam. Kita hentikan sebaran berbaur fitnah, tuduhan dan prasangka sesama negara Islam.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُMaksudnya: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”
.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.