Syaikh Husein Nasir al-Mas`udi al-Banjari atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husein Kedah rahimahullah adalah seorang tokoh ulama Tanah Air yang amat terkenal. Beliau mempunyai karya – karya tulis yang bernilai dan menjadi panduan serta rujukan umat beragama. Di antara karya beliau berkaitan dengan kisah mawlid Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah Tafrihush Shibyaan.
Pada halaman 2 kitab tersebut, Tuan Husein menukilkan dan menyatakan sebagai berikut:- (Ketahui olehmu) bahawasanya mengamat-amati dengan perbuat Maulud Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, iaitu daripada sebesar – besar qurubat yang mendamping akan dirinya kepada Allah ta`ala. Bermula yang demikian itu hasil ia dengan perbuat jamu makanan akan muslimin atau membaca Quran atau dzikrullah atau membaca shalawat atas Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam atau membaca kisah bagi Maulud Nabi seperti barang yang sudah masyhur dengan yang diamal akan dia. (Maka tak dapat tiada) daripada niat dengan sebagai perbuatan yang tersebut itu membesarkan dan menyukakan bagi beranak Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam serta qashad ia akan hari peranaknya atau malamnya dan bulannya dengan `ainnya.”
Menyambut atau merayakan atau meraiekan maulud boleh dilakukan dengan apa jua amalan kebajikan seperti bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, bershalawat dan membaca atau mendengar kisah – kisah mawlid dan sirah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Segala amalan ini terwujud dalam majlis – majlis sambutan maulud yang dilakukan dalam masyarakat Islam, baca Quran ada, berzikir ada, bershalawat ada, bersedekah dan makan – makan pun biasanya ada. Dan semua ini dilakukan dengan niat membesarkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan menzahirkan sukacita kita atas kelahiran Nabi yang membawa rahmat bagi sekalian alam. Teristimewa sekali apabila sambutan maulud tersebut dilakukan tertentu pada hari atau malam atau bulan di mana Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dilahirkan. Maka jika sepanjang tahun, kita mungkin disibukkan dengan berbagai urusan dan pekerjaan, maka setidak – tidaknya pada hari yang bertepatan dengan kelahiran baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam di bulan Rabi`ul Awwal, kita menyempatkan diri untuk membaca atau mendengar riwayat kisah bagaimana manusia luarbiasa yang bernama Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dilahirkan ke muka bumi sebagai rahmat. Benarlah kata pujangga: “Aku hairan melihat orang yang mengaku punya hati nurani, tetapi tidak gembira dan bersukacita dengan kedatangan Pembawa Petunjuk Ilahi.”
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.