Rumah Perlis

Sawi Hidroponik


Hari Jumaat lepas, jiran datang hantar seplastik besar hasil tanaman hidroponik. Sebenarnya di rumah saya pun ada set hidroponik pemberian orang, tapi masih belum digunakan ๐Ÿคญ
Ada dua jenis sawi – sawi hijau dan sawi bunga. Lebar dan segar, seronok tengok ๐Ÿ˜
Bahagian bunga sawi saya jadikan hiasan sebab rasa cantik ceria bunga warna kuning.
Saya gunakan LECA balls, iaitu lightweight expanded clay aggregate sebagai medium tanaman. Kemudian letak air tak melebihi permukaan leca balls. Sudah empat hari, bunga sawi masih segar menjadi penyeri meja makan kami.
Sawi bunga ni boleh dimasak dan makan kesemuanya termasuk bahagian bunga. Tapi saya belum pernah lagi masak dengan bunganya.
Alhamdulillah dapat rezeki sayuran segar, semoga Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda buat jiran kami yang baik hati berkongsi hasil tanaman hidroponik beliau.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top