Di antara kemuliaan Ahli Badar menurut sebahagian ulama, menyebut nama mereka, yakni memperingati mereka, akan menyebabkan turunnya rahmat Allah subhanahu wa ta`alai dan menjadikan doa permohonan kita diterima dan dikabulkan Allah jalla wa `ala. Maulana Muhammad Musa ar-Ruhani al-Bazi rahimahullah, ulama kontemporer dan ahli hadis kenamaan, menyatakan dalam mukaddimah beliau terhadap kitab shalawat al-Barakaatul Makkiyyah pada halaman 41 menulis antaranya sebagai berikut:- …..Sebahagian muhadditsin (baca: ahli / pakar hadis, bukan ahli bid`ah) menjelaskan bahawa mujarrab bagi doa untuk dikabulkan selepas menyebut nama – nama sahabat yang menyertai peperangan Badar (asma` al-Badriyyin) radhiyaAllahu ta`ala `anhum…..”
Dr. Thaika Shu`aib Alim rahimahullah turut memuatkan nama – nama Ahli Badar dalam al-Munjiyath dan beliau menukilkan pada halaman 149 sebagai berikut: Shaikh Dawaanee radhiyaAllahu `anhu has stated as follows: It has been proved by many saints on the basis of many instances of practical experience that the du`aas performed after reciting of noble names of the great Sahaabah who participated in the Battle of Badr radhiyaAllahu `anhum, have been duly fulfilled. Many Shaikhs have reported that several persons have been blessed with sainthood (wilaayat) due to the waseela of these Sahaaba as a result of the regular recital of the noble names of these Sahaaba.
