Al Quran

Jenis Air Untuk Bersuci (Video)


Air Mutlak, Musta’mal, Mutanajjis, Musyammas Huraian serta Hukumnya


Huraian lengkap serta hukum-hukumnya tentang tingkatan Jenis Air Untuk Bersuci menurut Islam.. Diantaranya “Air Mutlak, Air Musta’mal, Air Muntanajis, dan Air Musyammas – Digital Dakwah

Pautan terkait:
Jenis Air Untuk Bersuci (Video) | Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
PertamaAir Mutlak, air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya.
Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.
KeduaAir Musyammas, air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.
Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.
Ketiga, air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:
Air musta’mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.
Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.
KeempatAir Mutanajjis, air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.
Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.
Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:
Najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga,
najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat,
bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai,
binatang yang pungungnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air,
bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.
Ukuran 2 kolah
Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku.
Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.

Saksikan VIDEO PENERANGAN serta HUKUM-HUKUMNYA tentang pembahagian JENIS AIR UNTUK BERSUCI


Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top