acara

Foto Sekitar Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023

[Catatan Hari Sabtu, 30 September 2023]
Hujung minggu lalu, saya dan Encik Suami ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Bukanlah acara berjalan-jalan makan angin, tetapi kami ada sedikit urusan di Chuping. Selesai urusan pada waktu petang, kami terus ke rumah adik di Kangar untuk tumpang bermalam di rumahnya.
Berbeza dengan kunjungan terdahulu, kali ini nampaknya Perlis begitu meriah. Banyak kenderaan di jalan raya, sana sini kelihatan bunga manggar majlis perkahwinan juga deretan kenderaan memenuhi bahu jalan dan ada beberapa jalan raya yang sedikit sesak.
Rupa-rupanya hujung minggu lalu merupakan hari-hari yang sibuk bagi negeri Perlis. Pelbagai acara besar berlangsung – antaranya hari pendaftaran pelajar UniMAP, Festival Kraf Utara dan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri.
HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
Malam harinya semasa keluar nak pergi makan di kedai, kami dan adik sekeluarga singgah sekejap ke tapak acara yang terletak di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.
Sempatlah saya memotret foto-foto berikut :
Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Kerbau baka albino dengan berat 900 kg.
Terdapat pameran pelbagai jenis ternakan oleh para penternak. Selain kerbau dalam foto di atas, ada juga lembu sado dengan berat 1,009 kg. Selain itu terdapat pameran dan jualan produk landak raya dan sesi berfoto bersama ular. 
Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Siapa kata Perlis cuma ada 8 orang? 😆

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Suasana meriah dengan para pengunjung memenuhi setiap ruangan. Tak pastilah waktu siang pun meriah begini atau tidak. Yang pasti, memang lebih nyaman dapat ke sini pada waktu malam. Tidaklah terasa bahang matahari kan’.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Pisang Raja Udang a.k.a. Pisang Merah
Seingatnya ini pertama kali saya tengok pisang berwarna merah. Selalu tengok foto di medsos je. Teringin nak membeli pisang yang nampak cantik ni, tapi rupanya ini hanya bahan pameran.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Burhan = burung hantu
Awalnya hairan jugak, ada apa dengan nama ‘Burhan’. Lepas tu barulah faham. Tak pasal pulak lepas ni saya akan terbayang burung hantu bila jumpa orang nama Burhan 😄

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Suasana tapak acara bertambah indah dengan bulan purnama menghiasi langit malam.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Sebelum beredar, sempat kami masuk dalam sebuah bas yang memuatkan bahan pameran oleh UPM. Anak saudara tanya, kenapa kita nak masuk? Saya jawab – sebab UPM tu universiti mak long, pak long, ibu dan ayah 😂

Bulan purnama 30 September 2023 di Perlis Malaysia
Foto bulan purnama yang sempat saya rakam pada pukul 11.24 malam dari luar rumah adik.
Comments

Paling Populer

To Top