Uncategorized

Coretan Hidup Mempunyai Seni yang Berbeza


Ramai kawan-kawan telah melangkah ke alam rumah tangga. Tahniah saya ucapkan pada kalian semua. Maaf dipinta sekiranya saya tidak dapat menghadiri majlis-majlis kalian semua. 
Melihat kawan-kawan yang mempunyai anak seorang atau dua orang ketika usia mereka sama dengan kita memang sesuatu yang sensitif bagi sesetengah orang. Tapi rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Semuanya telah di atur. Bagi saya itu ada coretan hidup mereka kahwin awal dan mempunyai anak pada usia yang muda. Bagaimana pula dengan kita yang masih bujang ini? InsaaAllah pasti akan tiba pada waktu yang sesuai dengan kemampuan kita. Jangan bersedih.
sumber google
Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang berkahwin lambat ini pasti akan mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang menarik dan mengikut minat tersendiri. Ada yang memilih untuk menggunakan wang yang ada untuk melancong melihat budaya orang lain dan mengutip pengalaman-pengalaman yang sukar diperolehi di negara sendiri. Ada juga yang memilih untuk membuka ruang diri berkecimpung dalam bidang keusahwanan. Selain itu, ramai juga yang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. 
Saya telah memilih untuk menyambung pengajian.
Belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. Kerana otak kita akan sentiasa bekerja dan berfikir sesuatu yang baru. Ilmu Allah ini terlalu luas, semakin kita belajar semakin kita haus akan ilmu. 
Ada yang tertanya-tanya mengapa saya memilih untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana. 
Alasan pertama saya adalah untuk mengisi masa lapang sebagai orang bujang. Dengan adanya program yang diprogram untuk kita, kita kurang membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kena ingatkan diri bahawa masa lapang adalah musuh utama bagi pemuda-pemudi. Kerana dengan adanya masa lapang yang tak digunakan dengan baik, kita kan menghampiri maksiat. 
Alasan kedua adalah dengan menambahkan ilmu dan kelulusan, kita tidak gusar dengan kebarangkalian-kebarangkalian perubahan sistem dan keperluan kerjaya pada masa akan datang. Dalam bidang pendidikan terutamanya.Pada suatu masa dahulu kementerian menekankan semua guru sekurang-kurangnya perlu mempunyai ijazah sarjana muda pada tempoh yang ditargetkan. Kini pada Tahun 2017, kita dapati sudah ramai guru sekolah rendah mempunyai kelulusan ijazah dan ramai juga yang mempunyai sarjana. Mempertingkan ilmu dan kelulusan diri menjadi satu keperluan dalam era memperoleh pekerjaan yang agak mencabar kini. 
Tidak mustahil suatu hari nanti guru-guru dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan sarjana untuk mengajar di sekolah. Pada ketika itu, kita mungkin sudah separuh jalan dalam alam pekerjaan dengan cabaran membesarkan anak dan menguruskan keluarga menjadi satu cabaran baru buat kita. Demi masa datang, persediaan yang lebih awal akan mengurangkan masalah pada masa akan datang. 
Ada yang menyatakan buat apa menyambung belajar sedangkan gaji daan pangkat tiada perubahan. Inilah yaang sentiasa meniti dibibir guru-guru. Bukan kerana wang yang dikejar, peningkatan ilmu itu  yang lebih penting. Namun tipulah kalau kita tidak memikirkan wang, dengan negara yang sedang sesak masalah ekonominya. Tidak mustahil suatu hari nanti perubahan-perubahan dasar dan pekeliling berlaku dan membolehkan guru yang mempunyai sarjana memperoleh peningkatan gaji. Sekadar angan-angan mat jenin. 
Cuma peringatan bagi mereka yang baru bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan terutamanya ( kelulusan IPG atau pendidikan) pastikan;
1. Masih mempunyai minat untuk belajar, mendengar kuliah, membuat kerja kursus dll.
2. Meminati bidang dan kursus yang dipilih, Sebolehnya pilih kursus yang mempunyai kaitan yang paling rapat dengan bidang kita belajar ketika waktu degree.
3. Meminta kebenaran daripada pihak JPN untuk menyambung belajar. Sekiranya belum sah jawatan pastikan anda grad selepas sah jawatan (pandai-pandai susun jadua kalau tak sia-sia).
4. Perancangan kewangan bagi mereka yang tidak memperoleh biasiswa dari mana-mana pihak.
5. Memilih jadual kuliah yang bersesuaian dengan jadual kerja sekiranya belajar sambil kerja. Sekiranya cuti belajar tanpa rekod, jangan sia-siakan masa yang ada untuk habis pada masanya atau kata mudah GOT (grad on time).

6. Sebolehnya pilih universiti yang mudahkan urusan kita datang ke kuliah dan paling hampir dengan tempat kerja. Sekiranya tiada pilihan, itu adalah satu cabaran. Teruskan usaha.
Kita yang mencorakkan hidup kita.
Kita yang memilih jalan hidup kita.
Jangan membandingkan diri kita dengan mereka yang lain.
Rezeki masing-masing tidak sama. 

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top