bulan-bulan islam

BULAN BULAN ISLAM


Saya mulakan dengan ucapan Alhamdulillah kerana Allah telah memberi saya peluang untuk bernafas pada hari ini.Sekarang tanpa kita sedari,kita pun sudah memasuki Bulan Rabiul Awal iaitu bulan ketiga  dalam Tahun Hijrah.Banyak peristiwa yang besar yang berlaku pada Bulan Rabiul Awal ini.

Mula-mula kita tahui dahulu asal usul Kalendar Hijrah yang digunapakai oleh orang Islam kini.
  
Permulaan penggunaan Kalendar Hijrah ialah bermula pada era pemerintahan kerajaan Khulafa Ar Rashidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab .Pada ketika ini beliau telah mengumpul beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.Hal ini berlaku kerana sebelumnya Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengutus surat kepada Saidina Umar r.a. meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat atau arahan Umar yang telah dihantar kepadanya .Maka dengan itu Saidina Umar mahukan satu kalendar atau taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa Arab dan bangsa-bangsa yang lain.
Sesungguhnya terdapat empat bulan suci dalam Islam iaitu Zul-Qaedah,Zul-Hijjah,Muharram dan Rejab.Nama bulan-bulan Islam yang lain adalah seperti yang berikut :-
  1. Muharram(محرم)
  • Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang.Ini disebabkan tradisi orang Arab yang mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini.Selepas munculnya Islam,Allah meneruskan budaya ini lantas menjadikannya bulan haram dalam Islam.

    2.Safar(صفر)

  • Bermaksud tiupan angin.Ketika nama tersebut mula diguna pakai ,kemungkinan ketika itu dalah waktu yang berangin.safar juga menunjukkan masyarakat Arab Badwi meninggalkan rumah mereka.

    3.Rabiul Awal(ربيع الاول)

  • Bulan pertama musim bunga 

    4.Rabiul Akhir(ربيع الاخير)

  • Bulan kedua musim bunga

     5.Jamadil Awal(جماد الاول)

  • Bulan pertama musim panas.Jumada bermaksud kering.

     6.Jamadil Akhir(جماد الاخير)

  • Bulan kedua musim panas.

      7.Rejab(رجب)

  •  Satu lagi bulan suci dalam Islam yang mengharamkan sebarang perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati.Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard.Fard bermaksud keseorangan kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab yang berada di tengah-tengah.

      8.Syaaban(شعبان)

  • Bulan ini beasal dari perkataan “syu’ba” yang bermaksud berpecah atau menyimpang.Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

     9.Ramadhan(رمضان)

  • Diambil daripada perkataan “ramda” yang bermaksud batu panas.Ini menceritakan bahawa keadaan amat panas pada bulan ini.

     10.Syawal(شوال)

  • Diambil daripada perkataan yang bermaksud apabila unta betina bunting.

   11.Zulkaedah(ذوالقعدة)

  • Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud duduk.Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran.Kebanyakkan orang juga mula menghentikan perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

    12.Zulhijjah(ذوالحجة)

  • Inilah bulan suci yang terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini Haji dilaksanakan.Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan ini.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top