Aqidah

Beriman Dengan Hari Kiamat 1


Pengertian Hari Kiamat

Hari Kiamat atau hari Akhirat ialah hari dibangkitkan semula semua manusia dan makhuk yang lain Allah s.w.t di alam baharu iaitu alam akhirat setelah alam ini dimusnahkan dan semua manusia serta makhluk dimatikan.Masa berlakunya kiamat ialah bermula dari ditiupkan sangkakala yang pertama oleh malaikat Israfil sebagai petanda barakhir dan musnah dunia ini dan seluruh makhluk di dalamnya dimatikan,kemudian ditiupkan sangkakala yang kedua lalu dibangkitkan semua yang telah mati dan semua makhluk di alam yang baru iaitu Alam Akhirat.Semuanya bangkit dalam kedaan yang gempar dan kelam-kabut,masing-masing dengan dirinya dan tidak menghiraukan orang lain sekalipun anak,ayah,ibu,suami atau isteri,masing-masing bergerak menuju ke padang mahsyar untuk dihisap segala amalan mereka dan ditentukan nasib mereka sama ada syurga atau neraka.Peristiwa ini ada digambarkan dalam Firman Allah s.w.t:

فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ ﴿٣٣﴾
(33) Kemudian (ingatlah keadaan yang
berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat;
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ ﴿٣٤﴾
(34) Pada hari seseorang itu lari
dari saudaranya,
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ ﴿٣٥﴾
(35) Dan ibunya serta
bapanya,
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ ﴿٣٦﴾
(36) Dan isterinya serta
anak-anaknya;
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
﴿٣٧﴾
(37) Kerana tiap-tiap seorang dari
mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk
dengan hal dirinya sahaja.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ ﴿٣٨﴾
(38) Muka (orang-orang yang beriman)
pada hari itu berseri-seri,
ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ ﴿٣٩﴾
(39) Tertawa, lagi bersuka
ria;
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ ﴿٤٠﴾
(40) Dan muka (orang-orang yang
ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ ﴿٤١﴾
(41) Diliputi oleh warna hitam legam
dan gelap-gelita.
أُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ ﴿٤٢﴾
(42) Mereka itu ialah orang-orang
yang kafir, yang derhaka.

Nama-nama Hari  Kiamat..

hari kiamat
nama-nama hari kiamat



Proses Berlaku Hari Kiamat


Kiamat berlaku mengikut proses bertahap:

  1. Alam dihancurkan:Malaikat Israfil akan meniup sangkakala lalu semua makhluk yang hidup akan mati dan seluruh alam akan hancur lebur termasuk matahari,bulan,bintang dan makhluk-makhluk yang lain.
  2. Dhidupkan semula:Malaikat Israfil  akan meniup sangkakala pada kali kedua lalu makhluk yang mati dihidupkan semula dan alam yang hancur diganti dengan alam baru iaitu alam akhirat.
  3. Berhimpun di Mahsyar:Semua manusia akan berhimpun di padan mahsyar untuk menghadapi pengadilan Allah s.w.t.
  4. Hisab:Segala amalan manusia akan dikira atau dihisab.Malaikat Raqib dan A’tid akan membentangkan catatan amalan setiap orang.Seluruh anggota manusia seperti mata,telinga,tangan dan kaki akan memberitahu apa yang telah dilakukannya kecuali mulut akan ditutup.
  5. Syurga atau Neraka:Setelah segala amalan dikira dan diadili oleh Allah s.w.t,maka setiap orang akan ditentukan tempatnya sama ada Syurga atau Neraka.

Kebenaran Hari Kiamat

Firman Allah s.w.t:
وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ
اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ ﴿٧﴾
(7) Dan bahawa sesungguhnya hari
kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya dan bahawa
sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di
dalam kubur.

Sabda Rasulullah s.a.w

Dari Suhail bin Saad r.a ,dia berkata:Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda:Dihimpunkan manusia pada hari kiamat di kawasan putih bersih seperti roti yang suci dan tiada padanya pula suatu tandapun.



Kesimpulan

  1. Setiap orang  Islam mestilah percaya  akan wujudnya Hari Kiamat.
  2. Kiamat akan datang pada bila-bila masa tapa kita sedari.
  3. Di Padang Mahsyar pula apabila orang mukmin akan dibangkitkan dalam keadaan yang bercahaya-cahaya dan tenang,manakala orang kafir yang ingkar akan dibangkitkan dalam keadaan yang sungguh hina,hitam legam dan dalam keadaan ketakutan.
  4. Hari Kiamat berlaku dalam 5 proses iaitu alam dihancurkan,makhluk dihidupkan semula,perhimpunan di Mahsyar,manusia akan dihisab segala amalan dengan seadil-adilnya dan manusia akan ditentukan sama ada syurga atau neraka tempatnya.

tanda kiamat
kiamat 1

kiamat
kiamat 2

kiamat
kiamat 3
                                                                                                                                                      

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top