Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan
ketawa pun ada batasannya |
- Tempat dan Waktu yang Sesuai
-Kadangkala terdapat orang yang amat suka bergurau sehingga tidak mengira wakt dan tempat.Seeloknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada tempatnya.Sebagai contoh ,tidak wajar bergurau semasa berada bersama orang yang sedang sakit,ketika kematian atau dengan orang yang sedang dilanda musibah.
- Elakkan Menggunakan Perkataan yang Buruk
-Tabiat menggunakan perkataan buruk ,seperti mencarut dan lucah ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana ia dianggap sebagai hiburan dan gurauan.Perkataan kesat dan kasar telah menjadi budaya orang yang suka bergurau.Kadangkala untuk menyeronokkan cerita,mereka sanggup berbohong dengan menambah fakta palsu supaya orang yang mendengar seronok dan ketawa.
“Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa,maka celakalah baginya,maka celakalah baginya.”(riwayat Abu Daud)
- Elakkan Memperolok-olok Agama
-Aspek agama tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w,perbuatan yang memesongkan aqidah,berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak.Terkadang kita juga ada mendengar pelbagai gurauan yang memperolokkan agama dan sunnah seperti janggut nabi,jubah,poligami,talak,penceraian dan sebagainya.
- Utamakan Menjaga Perasaan
-Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan orang lain,mengumpat,merendah-rendahkan individu tertentu,menyebut kekurangan,kecacatan dan seumpamanya.Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain.Gurauan bertukar menjadi ejekan.Akibatnya akan menimbulkan permusuhan,kecil hati,tuduh menuduh,perkataan kotor dan pelbagai perkara negatif yang lain akan timbul.
- Sesuai dengan Orangnya
-Kita tidak boleh bergurau senda dengan semua orang.Sebagai contoh,orang yang lebih tua dan orang alim kerana mereka mesti dihormati dan disegani.Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas,seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.
- Tidak Ketawa yang Berlebihan
-Islam melarang kita terlampau banyak bergurau senda sehingga ketawa tanpa batasan.Ia boleh membentuk peribadi yang menjatuhkan harga diri.
Diceritakan bahawa Nabi s.a.w duduk dalam majlis bersama para sahabatnya.Mereka menceritakan sesuatu yang lucu dan Rasulullah s.a.w hanya tersenyum sahaja.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
“Dan jangamlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”(riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana.Oleh sebab itu,berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas.Bersederhana dalam setiap hal itu ialah lebih baik.Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.