Beginilah rupa luaran feri yang kami naiki, cantik elok luar dan dalam. Kita bebas memilih nak duduk tingkat bawah atau duduk tingkat atas. Feri ini datang tepat masa dijanjikan bagi kekerapan perjalanan setiap 30 minit. Terbaik!
Saya kongsikan beberapa foto yang sempat saya rakam di sepanjang perjalanan pusingan kedua ini :
Tha Maharaj – pusat membeli-belah.
Pemandangan di salah satu lokasi tarikan pelancongan – Tha Maharaj. Feri singgah berhenti di sini untuk ambil/turunkan penumpang.
The Grand Palace dan Wat Pra Kaew tersergam di pesisiran Sungai Chao Phraya. Tiket lawatan masuk sebanyak 500 Baht bagi pelancong asing dan percuma bagi warga Thailand.
Located at the heart of Bangkok, Thailand, The Grand Palace was a former residence for King Rama I to King Rama V of the Rattanakosin Kingdom. Today, the place is used for hosting royal ceremonies and welcoming the king’s guests, State guests, and other foreign dignitaries. It is also a place where remains of kings and high-ranked members of the royal family were situated before cremation. The grand palace is divided into two main zones, which are the Temple of the Emerald Buddha and the royal residence.
Wat Phra Kaew, commonly known in English as the Temple of the Emerald Buddha and officially as Wat Phra Si Rattana Satsadaram, is regarded as the most sacred Buddhist temple in Thailand. The complex consists of a number of buildings within the precincts of the Grand Palace.
Ada bermacam-macam jenis bot penumpang dari yang bersaiz kecil hingga yang besar. Juga ada yang nampak moden (macam feri yang kami naiki), ada juga bot dengan ciri-ciri klasik dan ada juga bot yang nampak macam kurang selamat dinaiki.
Selain itu, sungai ini juga sibuk dengan kapal tunda tongkang yang sangat panjang. Boleh lihat dalam video di hujung entri, tapi tidaklah saya rakam sampai bahagian belakang tongkang. Bukan satu dua ya, ada banyak kapal tunda tongkang di sini. Satu pengalaman baru bagi saya menyaksikan kesibukan aktiviti ekonomi di sungai yang lebar dan panjang ini.
Bangunan rumah ini bukanlah tarikan pelancongan, tetapi ia menarik perhatian saya kerana kedudukannya yang berada di pesisir sungai. Ia menjadi sebahagian cerita kehidupan di Sungai Chao Phraya.
Jadi, di lokasi mana kami nak turun berjalan-jalan? Kalau ikut perbincangan awal, kami akan memilih dua atau tiga lokasi. Tetapi nampaknya dengan cuaca panas terik maka badan jadi cepat letih, tambahan pula kami kesuntukan masa. Kami akhirnya memilih untuk turun di ICONSIAM. Dan rupanya, memang hampir kesemua penumpang turun di sini. Masing-masing nak cari tempat sejuk, agaknya dah puas berpanas di luar 😄
ICONSIAM – pusat membeli-belah terbesar dan paling mewah di Thailand.
Pemandangan dari tingkat atas. Dekorasi gaya mewah, sesuai dengan deretan kedai produk jenama mewah yang terdapat di sini. Kami tak masuk mana-mana kedai pun, sekadar jalan-jalan memerhati sekitar.
Semasa nak ke tandas, saya ternampak papan tanda tertera ‘Muslim Prayer Room’. Alhamdulillah, ada kemudahan bagi pengunjung Muslim. Tapi kami tak solat di sini, jadinya tak tau bagaimana rupa ruangannya. Yang pasti, kalian tak akan ada masalah nak solat dengan selesa kalau berkunjung ke sini.
Encik Suami pilih Hot Matcha Latte, saya pula pilih minuman sejuk Lychee Fizzy Tea.
Ingatkan nak makan di sini sambil duduk berehat. Tapi kami cuma jumpa sebuah restoran halal, tak minat pulak saya sebab bukan restoran masakan Thai.
Kami akhirnya memilih untuk duduk minum di Pacamara Coffee. Seorang perempuan bertudung dengan seragam hitam mengambil pesanan kami di kaunter kafe. Tapi nampaknya dua jenis minuman ini tak menepati cita rasa kami. Pembelian yang kurang berbaloi dengan harga yang agak tinggi.
Cuaca semakin redup, kami jalan-jalan di bahagian luar ICONSIAM.
Walaupun ramai pengunjung, tempat ini tak terasa sesak sebab ruang dalam dan luar cukup luas.
Menghampiri pukul 5.30 petang, kami beredar menuju ke jeti. Kawasan jeti penuh sesak dengan pengunjung lain yang nak naik feri.
Suasana di bahagian atas feri.
Bagi perjalanan balik, kami pilih naik ke bahagian atas feri. Memang seronok dapat melihat pemandangan luas kota Bangkok. Masing-masing sibuk memotret dan merakam video. Suasana meriah!
Suatu pengalaman yang menarik bagi saya kerana dapat menyusuri sungai yang menjadi nadi penggerak ekonomi dan pemacu pertumbuhan Thailand. Sungainya bebas sampah (mungkin ada sedikit tapi tak begitu ketara) dan tiada bau yang tak menyenangkan.
Menurut saya, Hop-On Hop-Off Tourist Boat ni lebih berbaloi jika kita mulakan di awal pagi. Ada lebih masa bersantai turun/naik dan jalan-jalan di banyak lokasi tarikan pelancongan tanpa rasa terlalu penat. Tapi kami tak dapat nak mulakan awal sebab sebelah pagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Sebelah petang baru boleh jalan-jalan. Kononnya nak sambung sampai waktu malam untuk menyaksikan suasana malam di sini, tapi badan dah minta berehat. Maka kita balik sajalah.
Video berdurasi 1:13 minit memaparkan suasana sekitar perjalanan feri menyusuri Sungai Chao Phraya.
.
13.7348351100.5082582
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.