Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam
untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam
supaya berkumpul untuk mengerjakannya.
atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
sekalian manusia.”
ibadah haji…”
perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh
diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz
tertentu.
disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau
qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu
kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan
oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat
`aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu
melakukannya.
bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai
banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang…”
al-Ma’idah: 58)
daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith
yang bermaksud:
seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi
imam.”
pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya
ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu
untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru
(melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah
mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu
masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat
jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.
sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang
melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang
mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut
agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di
atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat
berjemaah.
s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah
datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi
Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti
“marilah solat berjemaah”.
telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa
loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng
bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami
akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah
tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”.
Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah
Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya,
Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang
benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan
tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi
s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh
Abdullah bin Zaid.Seperti dalam hadis di bawah ini:-
“Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagi mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan sembahyang jemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki berjalan mengelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu aku berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?”
Dia berkata: “Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?
Aku berkata: “Dengan naqus itu kami menyeru kepada sembahyang.”
Dia berkata: “Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari itu?”
Aku berkata: “Ya.”
Berkata periwayat (orang yang mimpi): “Dia (lelaki yang dimimpikan) berkata: “Engkau ucapkan: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju kemenangan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.”
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: “Kemudian lelaki itu berundur sedikit.
Lalu lelaki itu berkata: “Jika engkau menyerukan iqamah sembahyang engkau ucapkan: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.”
Pada pagi esoknya aku datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu mengenai dengan mimpiku itu.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya mimpimu itu benar insya Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan padanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu, kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau.” Maka aku berdiri bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azan dengan apa yang aku ajarkan itu.
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: “Maka terdengarlah azan itu oleh ‘Umar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Lalu dia keluar dengan bergegas menyeret selendang di belakangnya dan berkata: “Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana yang dimimpikan olehnya (Àbdullah bin Zaid).”
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Segala puji bagi Allah.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
lafaz azan |
yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan
yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi
masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar
pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh
Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran
azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan
wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:
“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah
diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang
ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli
langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t.
menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
mu’adzin(tukang azan) |
pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan
azan. Antaranya ialah:
mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila
melaksanakan tugasnya.
mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath
besar dan najis.
mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika
mengumandangkan azan.
ketika membaca “hayya `ala as-salah”,
mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika
membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah
kiri.
mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam
kedua telinganya.
suara mu’azzin hendaklah nyaring.
mu’azzin tidak boleh bercakap ketika
mengumandangkan azan.
orang-orang yang mendengar azan hendaklah
menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin,
kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”.
Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang
bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar
azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa
as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu
maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang
menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah
kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang
telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).
kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad
s.a.w. yang bermaksud:
“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada
dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak
ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk
undian itu.”(Riwayat Muttafaq `Alayh)
“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu
atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau
angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak
didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya
pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)
“Tukang azan adalah orang yang paling panjang
leher di Hari Akhirat.”(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi
Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada
orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”(Surah Fussilat: 33)
tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:
“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan
adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada
imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para
khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak
masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik
daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan
tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.