ibadah

Amalan Tertolak Kerana Mazmumah


Allah mencipatakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi.Kemudian ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.Pada setiap pintu ini,malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia terbabit diterima atau dapat melalui pintu ke langit seterusnya ataupun sebaliknya.

doa
Doa Berlindung daripada
sifat mazmumah

Pintu Langit Pertama
-Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari.Berkata malaikat penjaga pintu langit:”Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya.Akulah malaikat penjaga ghibah(mengumpat).Allah menyuruhku supaya tidk membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.”
Pintu Langit Kedua
-Selepas berjaya melalui pintu langit pertama,malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak.Kata malaikat penjaga langit:”Berhentilah kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia.”

Pintu Langit Ketiga
-Malaikat membawa amalan yang berupa pahala sedekah,solat dan puasa.Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua,tetapi ditahan di langut ketiga.
Malaikat berkata:”Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku.Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.”

Pintu Langit Keempat
-Amalan berupa tasbih,solat,puasa,haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat.Berkata malaikat penjaga langit:”Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku.Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.”

Pintu Langit Kelima
-Amalan yang dibawa berseri-seri,lalu berkata malaikat penjaga langit.”Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya.Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.”

Pintu Langit Keenam
-Malaikat membawa amalan solat,zakat,umrah,jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama.Lalu berkata malaikat penjaga langit:”Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya yang menghadapi kesusahan.”

Pintu Langit Ketujuh
-Berkata Malaikat Sum’ah(ingin mahsyur):”Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku.Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.”

Ketika Bertemu Allah
-Kemudian,naik malaikat yang membawa amalan seseorang hamba yang berupa solat,zakat,haji,umrah,akhlak mulia,banyak berdiam diri dan berzikir.Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah.Ketika itu,Allah berfirman yang bermaksud:”Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini.Aku lebih mengetahui segala isi hatinya.Dia tidak ikhlas kepda-Ku dengan amalannya.Dia boleh menipu orang lain,menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku.”

hati
mari kita mengubata hati kita
daripada
sifat mazmumah


Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top