Antara adab dalam bersilaturrahim ialah
![]() |
Bertegur sapa salah satu cara mengeratkan silaturrahim |
- Ikhlas
-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum’ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.
- Mengharap Pahala
-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
- Memulai yang Terdekat
-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah ditanya soalan :”Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?” Nabi mengatakan : “Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat denganmu.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Dahulukan Orang yang Paling Bertaqwa
-Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t ,maka semakin besar pula haknya,juga semakin bertambah pahala bersilaturrahim dengannya.Walau bagaimanapun,bersilaturrahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir,khususnya apabila mengajaknya kepada Islam.
- Mencari-cari Kerabat yang Jauh
- Terus Menyambung Silaturrahim dengan Orang yang Memutusnya
- Sedekah
- Nasihat
- Komunikasi Berterusan
