Apa itu kelkatu? Mungkin ada yang belum mengenali apa itu serangga yang bernama kelkatu. Mengikut mak cik wikipedia, kelkatu merupakan anak anai-anai.
Kehidupan Kelkatu
Menurut mak cik wikipedia lagi bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan
menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau
kadang-kala menjadi kelkatu (anai-anai bersayap). Ohh..Begitu rupanya.
menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau
kadang-kala menjadi kelkatu (anai-anai bersayap). Ohh..Begitu rupanya.
Sekarang kita mengenali lebih dekat ada apa dengan sikap kelkatu. Kelkatu sangat sukakan cahaya. Selepas hujan reda keluarlah sang kelkatu bersama segerombolan angkatannya. Kelkatu-kelkatu ini akan menghampiri cahaya lampu pendaflor,pijar dan apa-apa sahaja yang bercahaya terang. Serangga peminat cahaya ini akan cuba menghampiri lampu tersebut sambil menghantuk-hantukkan kepala ke arah lampu seperti tiada arah untuk dituju.
Walaupun sedar disekelilinya sudah banyak rakan-rakannya terbunuh dek kerana kepanasan lampu tidak mampu diterima badannya. Satu demi satu jatuh ke lantai mahupun tanah. Namun kelkatu lain tetap tegar menghantukkan badan dan kepala ke arah lampu yang panas dan keras. Bermula satu demi satu helai sayap tercabut dari badan dan akhirnya tamatlah hayatnya. Ada yang masih terselamat namun tidak lama, ada yang dipijak dan ada yang dimakan serangga lain termasuklah cicak dan ayam.
Bukan Diciptakan Dengan Sia-sia
Allah Ta’ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” Ad Dukhaan (44 : 38-39)
Terciptanya serangga kecil seperti lalat, nyamuk, semut dan juga kelkatu bukan sesuatu yang sia-sia. Terciptanya nyamuk yang dikatakan membawa penyakit dan virus sekalinya pasti mempunyai sesuatu yang bermakna. Seribu satu kerahsian dalam seekor nyamuk pasti Pencipta-Nya Maha Mengetahui. Allah sengaja memberi peluang kepada kita untuk berfikir.Begitu juga terciptanya seekor serangga bernama kelkatu.
Sukakan Cahaya
Perumpamaan kelkatu boleh dikaitkan dengan manusia. Cahaya yang terang pasti menarik perhatian mata yang melihatnya. Pasti ada keseronokan disebaliknya. Godaan cahaya ini susah untuk ditangkis kerana kadangkala manusia amat memerlukannya. Namun ada cahaya yang mencapai keredhaan Ilahi dan ada juga yang menyebabkan jatuh kelembah yang tidak sepatutnya.
Cahaya lampu yang panas tidak sesuai buat kelkatu namun tetap dihampiri dan mati begitu sahaja. Begitu juga dengan situasi dunia kini, anak-anak muda yang begitu seronok dengan keindahan dunianya sehingga tidak menyedari diri mereka semakin hari semakin dekat dengan lembah hitam.
Bukan tidak tahu akan bahaya menghampiri perkara-perkara maksiat, namun tetap tegar melaksanakan tanpa menghiraukan orang terdahulu disekeliling mereka yang boleh dijadikan pengajaran. Pergi meninggalkan kehidupan sebelum sempat tangan menadah ke langit.
Terlalu ghairah dengan hiburan, fesyen-fesyen diluar batas syariat, media massa yang terlampau dan banyak tarikan-tarikan negatif yang menjanjikan habuan yang lumayan. Sehinggakan mereka lupa apa yang mereka lalui itu menghampiri api Neraka yang panas tak terhingga.
Bezanya tidak berakal pun serangga keklatu itu, matinya tidak dihisab. Matinya manusia akan dihisab kelak.
Musuh Tidak Pernah Mengalah
Orientalis barat tidak pernah mengalah mengkaji Islam. Mengkaji untuk menjauhkan Islam. Mencari dimana titik kelemahan. Sekiranya diangkat senjata pasti balasan senjata juga akan diperjuangkan oleh ummat Islam. Semangat Jihad yang ada pada orang Islam menakutkan pihak musuh. Berjuang habis-habisan, tiada erti kekalahan sama ada syahid ataupun kemenangan.
Maka perang pemikiran (Ghazwul fikri) lah antara senjata yang paling tajam buat masa ini. Serangan melalui wayar elektrik sehingga masuk ke neuron-neoron otak dan bertindak melalui anggota badan.
Pemikiran-pemikiran generasi muda terutamanya telah disuntik dengan idealisme-idealisme yang bercelaru. Jiwa muda yang malas menuntut ilmu pasti akan termakan dengan serangan ini.
Lazimnya yang selalu disebut 5F atau 5S
- Fesyen
- Food
- Filem
- Fun
- Family
Peranan Semua
Semua pihak perlu mengambil peranan. Jangan biarkan orang disekeliling kita terus menjadi kelkatu. Sama-sama terus mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Bermula dari kanak-kanak hingga dewasa, sama-sama kita menjaga akhlak,iman dan Islam itu sendiri.
Bermula daripada diri sendiri. Bagi melahirkan masyarakat muslim yang sebenar bermula daripada individu muslim terlebih dahulu. Izzahkan islam dalam diri dan dalam masa yang sama ajaklah yang lain.
Jangan biarkan sentiasa berada dalam kelompok sendiri sentiasa tanpa mengambil kisah yang lain. Keluarlah dari kepompong selesa. Keluarlah dan tariklah yang lain bersama-sama melaksanakan kebaikan.
Masih Belum Terlambat
Masih belum terlambat bagi menadah tangan memohon keampunan kepada Maha Pencipta. Diciptakan manusia juga bukan sia-sia. Laksanakan amanah sebagai khalifah, daie dan hamba sehingga ke hujung nyawa.
Allah Maha Pengampun
يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
[101: 4]
Pada hari itu manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang
berkeliaran,
Pada hari itu manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang
berkeliaran,
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.