Apa di Langit

بولن سڤارا

 

Fasa Bulan Separa Safar 1445
24 Ogos 2023 | 7 Safar 1445
Bulan Separa / Sukuan Awal
(First Quarter)
Alhamdulillah, malam tadi saya berpeluang memotret foto fasa Bulan Separa dari balkoni rumah di aras 16. Seingatnya, ini pertama kali saya dapat memotret foto bulan sedekat dan sejelas ini. Itu pun setelah buat carian internet bagaimana cara menggunakan kamera telefon saya bagi menghasilkan foto bulan yang jelas. Begitulah pentingnya ilmu menggunakan teknologi 😄
Walaupun foto ini tidaklah begitu jelas nampak rupa permukaan bulan, tetapi saya tetap bersyukur dapat juga mengabadikan indahnya alam semesta yang menyingkap keagungan Ilahi ❤️
Jadual Fasa Bulan bagi bulan Safar 1445
Nak saksikan fasa bulan seterusnya? Rujuk poster jadual fasa bulan bagi bulan Safar 1445 oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini. Satu usaha pendidikan yang bagus – semakin kita memahami kejadian alam, semakin tunduk kita kepada pencipta alam ini.
.
Comments

Paling Populer

To Top